Tuesday, July 21, 2009

Mengapa wanita lebih berjaya ?. ( 2 )

3. Sebenarnya dalam masyarakat Melayu,Cina,India,Kadazan-Dusun,Iban, dan kaum lain di Malaysia;kaum lelaki diberi keistimewaan dan kedudukan yang lebih tinggi dalam masyarakatnya berbanding kaum wanita.Akan tetapi,keadaan inilah yang menjadikan kaum lelaki menjadi pemalas dan kurang kreatif kerana mereka terlalu dimanjakan.

Tuesday, July 14, 2009

Mengapa wanita lebih berjaya daripada lelaki?

1. Antara sebab yang boleh dijadikan dalil ialah salah satu tanda kiamat ( Islam );bilangan wanita lebih ramai dari wanita dan ini menjadikan wanita mempunyai lebih ramai serta lebih banyak pilihan.
2. Dari segi budaya,kanak-kanak perempuan telah dilatih sejak dari kecil dengan kerja-kerja seperti menyapu lantai,mencuci piring,membasuh pakaian,memasak dan lain-lain lagi.Manakala kanak-kanak lelaki terlalu diberi kebebasan tanpa diberikan tugasan seperti pihak perempuan.Ini menjadikan pihak perempuan lebih terlatih dan cekap dalam menguruskan sesuatu.

Friday, July 10, 2009

Penghayatan Puisi Moden 14

Mengabaikan nada meninggalkan kesan sampingan yang merugikan.
Seriuskan anda?
Penekanan nada rendah, sederhana dan tinggi menuntut kaedah dan keperluan.
Penekanan nada memberi pemahaman, memperjelas sikap dan petunjuk keberkesanan sesebuah deklamasi

Penghayatan Puisi Moden 13

Cara menentukan nada:
Analisis tema, penggunaan diksi, binaan baris dan rangkap serta sikap pengarang.
Semuanya memberi maklumat tentang “isi hati” dan “perasaan” pengarang

Penghayatan Puisi Moden 12

. Nada sinis – cenderung mempersoalkan kebaikan, kejujuran, dll orang lain; memandang rendah, mempersendakan
5. Nada protes – pernyataan tidak setuju
ldengan sesuatu dasar, penentangan, penyangkalan

Penghayatan Puisi Moden 12

. Nada sinis – cenderung mempersoalkan kebaikan, kejujuran, dll orang lain; memandang rendah, mempersendakan
5. Nada protes – pernyataan tidak setuju
ldengan sesuatu dasar, penentangan, penyangkalan

Penghayatan Puisi Moden 11

1. Nada melankolik – berasa atau memperlihatkan perasaan sedih atau dukacita; bernada hiba dan mengharukan.
2. Nada romantik – memperlihatkan suasana yang penuh kasih sayang, keindahan dan kemesraan seperti dalam alam percintaan.
3. Nada patriotik – semangat mencintai dan mempertahankan kedaulatan negara
lNada protes

Penghayatan Puisi Moden 10

Kesimpulannya, selagi cara itu ada signifikan, perlu serta boleh menyokong deklamasi, maka itulah teknik yang memberi kesan makna pada deklamasi

Penghayatan Puisi Moden 9

Cara, helah dan strategi seseorang menyampaikan puisi kepada khalayak.
Teknik berhubungan dengan tatalaku seseorang semasa mendeklamasikan puisi, persediaan alatan (dalam kadar yang diizinkan), serta kebolehan berhadapan dengan khalayak.

Penghayatan Puisi Moden 8

Suara itu memikat dan memukau kita. Maka suara dikatakan telah digembeleng secara sesuai dan berkesan.
Beri perhatian – melepaskan / melontarkan suara; memberi jiwa kepada kata dengan cara melentur baris dan mencantikkan cara sebutan supaya kena dengan kemahuan puisi

Penghayatan Puisi Moden 7

Bagaimanakah seseorang boleh mengeksploit alat-alat artikulasi mereka supaya sesuai dengan kata yang diucapkan. Kata yang diucapkan sesuai dengan maksudnya. Maksud jelas, terang dan berfungsi

Thursday, July 9, 2009

Penghayatan Puisi Moden 7

Penghayatan Puisi Moden 6

Cara mencapai tahap natural – jiwailah dahulu puisi dan deklamasikan dengan jujur serta penuh penghayatan.
Maka, kita perlu dapat membezakan antara DEKLAMASI dan AKSI

Penghayatan Puisi Moden 5

Penting kerana deklamasi itu seni. Gaya yang indah ialah gaya yang kena (selaras) dengan puisi (teks)
Gaya perlu berkesan dan natural (tidak kurang dan tidak juga berlebih-lebihan)

Penghayatan Puisi Moden 4

4 ASPEK PENTING
DALAM DEKLAMASI PUISI
GAYA
SUARA
NADA
TEKNIK

Penghayatan Puisi Moden 3

lFIKIRKAN PERALATAN DAN KOSTUM
lKENAL PASTI LOKASI DEKLAMASI
lSIAP SIAGA UNTUK DIPANGGIL / DIARAH
lJANGAN BUAT UCAPAN, ADAB DAN HORMAT MAJLIS

Penghayatan Puisi Moden 1

lCIRI-CIRI DEKLAMASI
l( MENGAPA PERLU DIBERI PERHATIAN? PERSEMBAHAN DAN KHALAYAK )
lMENGETAHUI DENGAN TEPAT PUISI YANG AKAN DIDEKLAMASIKAN
lFAHAM TEMA PUISI
lUPAYA MENENTUKAN CARA DEKLAMASI

Kajian Teks Syair

Kajian Teks Syair Oleh George Jod Bungas.

1.0 – Pengenalan.

Menurut Mohd, Yusuf Md. Nor,1985:iii,syair dikatakan berasal daripada puisi Arab iaitu sy’ir tetapi bentuk syair Melayu amat berbeza dengan bentuk syair dalam kesusasteraan Arab.
Keseluruhan pengkaji sependapat bahawa istilah syair berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud puisi secara umum.Dalam bahasa Melayu,istilah syair sudah menjadi satu istilah yang khusus.Syair Melayu tidak beracuankan syair daripada tradisi Arab atau mana-mana puisi Arab-Parsi tetapi dalam bentuk dan acuan asli masyarakat Melayu ( Harun Mat Piah,1989 ).
Orang Melayu mula mengenali syair sejak zaman awal bertapaknya Islam di alam Melayu.Dalam teks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu terdapat syair dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu.Hamzah Fansuri telah menghasilkan syair yang lebih bersifat Melayu dan selepas itu syair Melayu sudah menyimpang daripada bentuk syair Arab.

2.0 – Ciri-Ciri Syair.

Syair boleh dikenali melalui bentuk,isi dan perbandingan dengan puisi Melayu tradisional yang lain.Berikut adalah huraian berkaitan ciri-ciri syair:

2.1 – Bentuk Syair.

Menurut Harun Mat Piah ( 1989 ),bentuk syair bahasa Melayu mempunyai beberapa variasi yang bergantung pada rimanya iaitu:

i). dua baris serangkap dengan rima a/b/ ( memerlukan beberapa rangkap ).
ii).tiga baris serangkap dengan rima a/a/b/
iii). empat baris serangkap dengan rima a/a/a/a/.
iv). empat baris serangkap dengan rima a/b/a/b/,c/c/c/d/,d/d/d/d/, dan seterusnya.
v). empat baris seirama ( monorhyme ).
vi). empat baris berkait.

2.2 – Isi Syair.

Dari segi isi dan tema,terdapat tujuh jenis tema yang berbentuk cerita ( naratif ) dan bukan cerita ( bukan naratif ).Antaranya adalah seperti berikut :

a). Syair bentuk cerita:
i). Syair romantis.
ii). Syair sejarah.
iii). Syair keagamaan.
iv). Syair kiasan.


b). Syair bentuk bukan cerita :
i). Syair agama.
ii). Syair nasihat.
iii). Tema-tema lain yang berasingan.



2.3 – Perbandingan dengan bentuk puisi Melayu tradisional yang lain.

Menurut Jamilah Hj. Ahmad ( 1989 ;ix ),ciri-ciri syair adalah seperti berikut:

i). Syair berbentuk tetap,terdiri daripada rangkap-rangkap yang mengandung empat baris.
ii). Setiap baris mengandung empat atau lima patah kata dengan jumlah suku kata antara lapan hingga dua belas.
iii). Rima hujung setiap barisnya sama,iaitu a-a-a-a.
iv). Untuk menyampaikan satu-satu idea atau tema,unit-unit rangkap syair tidak berdiri sendiri tetapi bersambung-sambung dan menjadi satu kesatuan yang sistematik serta berkembang.Oleh itu,syair sangat sesuai untuk menyampaikan ajaran,nasihat,cerita-cerita,kisah-kisah sejarah dan sebagainya secara lebih indah,padat dan ringkas.

3.0 – Jenis-Jenis Syair.

Syair dalam pengertian kesusasteraan Melayu digarap dengan pilihan kata-kata yang indah untuk memaparkan hikayat lama,peristiwa sejarah,agama,bahan pengajaran,cerita gubahan sendiri dan sebagainya.Pada suatu ketika,syair amat digemari oleh masyarakat Melayu sehingga dipersembahkan dengan irama lagu yang tertentu.
Syair dalam kesusasteraan Melayu,tergolong kepada beberapa jenis iaitu:

i). syair daripada rekaan pengarang yang berisi cerita,misalnya “Syair Bidasari”, “ Syair Dandan Setia ” dan “ Syair Yatim
Piatu ”.
ii). syair yang mengandungi cerita atau hikayat lama,misalnya
“ Syair Ken Tambuhan ”, “ Syair Damarwulan ” dan “ Syair Panji Semirang ”.
iii). syair tentang sesuatu peristiwa atau sejarah,misalnya “ Syair Singapura Terbakar ”, “ Syair Himop ” ( mengisahkan perang yang berlaku antara orang Belanda dengan orang Cina ) dan “ Syair Speelman ”.
iv). syair yang bersifat kiasan dan sindiran,misalnya “ Syair Burung Pungguk ”, “ Syair Nuri ” dan “ Syair Kumbang dan Melati ”.
v). syair yang berisi nasihat dan pengajaran agama seperti “ Syair Perahu ”, “ Syair Ibadat ” dan “ Syair Kiamat ”.






Syair Kiasan.

Syair Perahu
Oleh Hamzah Fansuri.

Inilah gerangan suatu madah,
Mengarangkan syair terlalu indah,
Membutuhi jalan tempat berpindah,
Di sanalah ikhtikad diperbetuli sudah.

Wahai muda kenali dirimu,
Ialah perahu tamsil tubuhmu,
Tiadalah berapa lama hidupmu,
Ke akhirat juga kekal diammu.

Hai muda arif budiman,
Hasilkan kemudi dengan pedoman,
Alat perahumu jua kerjakan,
Itulah jalan membetuli insan.

Perteguh juga alat perahmu,
Hasilkan bekal air dan kayu,
Dayung pengayuh taruh di situ,
Supaya laju perahumu itu.

Sudahlah hasil kayu dan air,
Angkatlah pula sauh dan layar,
Padi beras bekal janganlah taksir,
Nescaya sempurna jalan yang kabir.

Perteguh jua alat perahumu,
Muaranya sempit tempatmu lalu,
Banyaklah di sana ikan dan hiu,
Menanti perahumu lalu dari situ.

Muaranya dalam, ikan pun banyak,
Di sanalah perahu,karam dan rosak,
Karangnya tajam seperti tombak,
Ke atas pasir kamu tersesak.

Ketahui olehmu hai anak dagang,
Riaknya rencam ombaknya garang,
Ikan pun banyak datang menyerang,
Hendak membawa ke tengah sawang.

Muaranya itu terlalu sempit,
Di manakah lalu sampan dan rakit,
Jikalau ada pedoman dikepit,
Sempurnalah jalan terlalu ba’id.

Baiklah perahu engkau perteguh,
Hasilkan pendapat dengan tali sauh,
Anginnya keras ombaknya cabuh,
Lailahaillallah akan tali teguh.

Barangsiapa bergantung ke situ,
Teduhlah selebu yang rencam itu,
Pedoman betuli perahumu itu,
Selamat engkau ke pulau itu.

Lailahaillalah jua yang engkau ikut,
Di laut keras taufan dan rebut,
Hiu dan paus di belakang menurut,
Bertetaplah kemudi jangan terkejut.

Laut Sailan terlalu dalam,
Di sanalah perahu rosak dan karam,
Sungguhpun banyak di sana penyelam,
Larang mendapat permata nilam.

Laut Sailan Wahid al-Qahhar,
Raknya rencam ombaknya besar,
Anginnya sonsongan membeluk sangkar,
Perbaik kemudi jangan berkisar.

Itulah laut yang maha indah,
Ke sanalah kita semuanya berpindah,
Hasilkan bekal dan juadah,
Selamatlah engkau sempurnalah musyahadah.

Sailan itu ombaknya kisah,
Banyak akan ke sana berpindah,
Taufan dan ribut terlalu azamah,
Perbetuli pedoman jangan berubah.

Laut kalzum terlalu dalam,
Ombaknya muhit pada sekalian alam,
Banyaklah di sana rosak dan karam,
Perbaiki nan siang dan malam.

Ingati sungguh siang dan malam,
Laut deras bertambah dalam,
Angin pun keras ombaknya rencam,
Ingati perahu jangan tenggelam.

Jikalau engkau ingati sungguh,
Angin yang keras menjadi teduh,
Tambahan selebu tetap yang cabuh,
Selamat engkau ke pulau itu berlabuh.

Sampailah Ahad dengan masanya,
Datanglah angin dengan paksanya,
Belayar perahu sidang budimannya,
Belayar itu dengan kelengkapannya.

Wujud Allah nama perahunya,
Ilmu Allah akan dayungnya,
Iman Allah nama kemudinya,
Yakin akan Allah nama pawangnya.

Taharah dan istinjak nama lantainya,
Kufur dan maksiat air ruangnya,
Tawakal akan Allah jurubatunya,
Tauhid itu akan sauhnya.

Lailahaillalah akan talinya,
Kamal Allah akan tiangnya,
Assalammualaikum akan tali lenggangnya,
Taat dan ibadat akan dayungnya.

Selawat akan nabi tali bubutannya,
Istighfar akan Allah akan layarnya,
Allahu akhbar nama anginnya,
Subhanallah akan lajunya.

Allahu a’lam nama rantaunya,
Iradat Allah nama bandarnya,
Kudrat Allah nama labuhnya,
Syurga Jannat anna’im nama negerinya.

Sumber: Zuber Usman,1969.
Kesusasteraan Lama Indonesia,
Melaka: Penerbitan Abbas Bandung.


Maksud Syair.

Rangkap satu syair bermaksud,pengarang menjelaskan tentang syair indah dihasilkannya untuk pembaca.
Rangkap dua syair bermaksud,pengarang memfokuskan syair ini kepada golongan muda.Perahu dianggap sebagai tubuh badan seseorang yang tidak kekal di dunia ini.
Rangkap tiga syair bermaksud,hidup mestilah berlandaskan pedoman yang sudah tersedia.
Rangkap empat syair bermaksud,anggota badan mestilah teguh dan kuat untuk melancarkan perjalanan hidup kita.
Rangkap lima syair bermaksd,jika kita mempunyai kekuatan,kita mampu meneruskan hidup dengan sempurna dan tidak sia-sia.
Rangkap enam syair bermaksud,hidup ini penuh dengan pelbagai cabaran yang hanya menunggu peluang untuk mencabar hidup manusia.
Rangkap tujuh syair bermaksud,cabaran-cabaran yang hebat boleh melemahkan manusia.
Rangkap lapan syair bermaksud,jika seseorang itu tidak teguh pendirian atau tidak tahan dengan cabaran,ia boleh menewaskan manusia.
Rangkap sembilan syair bermaksud,jika hidup seseorang itu berpedoman,hidup orang itu akan mudah walaupun perjalanannya terlalu jauh.
Rangkap sepuluh syair bermaksud,kita dinasihati supaya melengkapkan diri dengan keimanan supaya segala bentuk cabaran dapat diatasi.Di samping itu,kita dinasihati supaya percayakan Allah.
Rangkap sebelas syair bermaksud,sesiapa yang bergantung kepada Allah akan beroleh keselamatan.
Rangkap duabelas syair bermaksud,jika Allah yang disembah,segala bentuk cabaran dan kesusahan dapat diatasi.Di samping itu,beriman kepada Allah akan memantapkan hidup kita.
Rangkap tigabelas syair bermaksud,Laut Sailan lambang kepada cabaran yang boleh memusnahkan hidup manusia.
Rangkap empatbelas syair bermaksud,kita dinasihati supaya menguatkan peribadi apabila berdepan dengan pelbagai cabaran.
Rangkap limabelas syair bermaksud,kita semua akan kembali kepada Tuhan.Oleh itu,kita dinasihati supaya melengkapkan diri dengan bekalan supaya memperoleh kebahagian kelak.
Rangkap keenambelas syair bermaksud,pelbagai dugaan perlu ditempuhi oleh manusia.Manusia perlu menguatkan iman mereka.
Rangkap ketujuhbelas syair bermaksud,cabaran-cabaran yang hebat itu perlu ditempuhi oleh manusia dan ada antara mereka yang tidak sanggup menghadapinya.Oleh itu,manusia dikehendaki melengkapkan diri dengan ilmu tidak kira siang atau malam.
Rangkap kelapanbelas syair bermaksud,kita diseru mengingati Allah setiap masa.Maka,kita tidak akan tersesat.
Rangkap kesembilanbelas syair bermaksud,dengan mengingati dan beramal,manusia akan selamat.
Rangkap keduapuluh syair bermaksud,manusia yang lengkap dengan ilmu dan kuat imannya,tidak akan gentar menempuh segala bentuk cabaran.
Rangkap keduapuluhsatu syair bermaksud,ilmu,keimanan dan keyakinan kepada Allah penting dalam hidup manusia.
Rangkap keduapuluhdua syair bermaksud,menyucikan diri,menjauhi perkara terkutuk,bertawakal dan mengakui keesaan Tuhan itu sangat penting.
Rangkap kedua puluh tiga syair bermaksud,di samping mengakui keesaan Allah,kita juga mesti taat kepada Allah.
Rangkap kedua puluh empat syair bermaksud,kita mesti berselawat,beristigfar dan memuji kebesaran Allah.
Rangkap kedua puluh lima syair bermaksud,Allah menguasai alam,kuasa-Nya sangat besar.Allah yang menentukan syurga untuk kita.

Tema dan Persoalan.

Membawakan tema keagamaan yang merujuk kepada tanggungjawab manusia terhadap Tuhan untuk mencapai kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat.Dalam mencapai tahap kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat terdapat banyak cabaran dalam pelbagai bentuk dan rupa serta kesemuanya dapat mengugat;memesongkan akidah umat Islam.Sehubungan dengan itu,setiap umat Islam perlu memperlengkap diri dengan pengetahuan dan persediaan yang bersesuaian agar tidak dipesongkan oleh godaan tersebut.
Syair ini mengemukakan persoalan keimanan kepada Tuhan akan memastikan kehidupan yang sejahtera bagi manusia sama ada di dunia mahupun di akhirat.
Persoalan lain ialah kesementeraan hidup di dunia.Setiap makhluk di dunia ini hidup sementara sahaja dan akan mati.Mereka akan kekal di dunia akhirat.
Turut mengemukakan persoalan dugaan hidup di dunia.Hidup di dunia penuh dengan cabaran yang boleh menggugat keimanan manusia.


Gaya Bahasa.

Syair ini banyak meminjam kata daripada bahasa Arab.Hal ini menyebabkan isinya agak sukar difahami.Tambahan pula syair ini simbolik sifatnya dan berkias pula.Kata “ perahu ”,misalnya bermaksud kehidupan yang penuh pancaroba dan perlu disertai dengan amal ibadat sebagai bekalan semasa hidup dan mati.
Pengucapan syair ini terasa indah dengan adanya pemakaian beberapa jenis unsur gaya bahasa.Rima akhirnya yang sejajar memang sedia diketahui menerbitkan keindahan pada pengucapan.Hal ini ditokok pula dengan adanya unsur bunyi yang agak sekata dan berulang pada baris-baris tertentu menerusi pemakaian unsure aliterasi dan assonasi,pengulangan/perulangan,
sinkof,perlambangan, dan simile.
Pengunaan bunyi assonasi dapat ditemukan pada rangkap empat baris tiga dan empat yang mengulang bunyi vokal “ u ” secara berturutan:

Dayung pengayuh taruh di situ,
Supaya laju perahumu itu.

Pengulangan bunyi aliterasi juga membantu meningkatkan keindahan syair ini.Hal ini dapat ditemukan pada rangkap tujuh,pada kesemua baris yang masing-masing mengulang bunyi konsonan “ r ”, “ t ” dan “ s ”:

Muaranya dalam,ikan pun banyak,
Di sanalah perahu karam dan rosak,
Karangnya tajam seperti tombak,
Ke atas pasir kamu tersesak.

Dalam usaha untuk menegaskan sesuatu perkara dan aspek,khususnya yang berkaitan dengan kehidupan dan cabarannya yang dilambangkan melalui “ perahu ”, “ laut ”,
“ pulau ” dan sebagainya. “Perahu ” melambangkan tubuh manusia. “ Pulau ” melambangkan kebahagian hidup. “ Laut ” melambangkan kehidupan yang ditempuhi dan penuh dengan cabaran.

Pengulangan perkataan “ belayar ” di awal baris dapat dikesan dalam rangkap duapuluh baris tiga dan empat syair ini iaitu:

Belayar perahu sidang budimannya,
Belayar itu dengan kelengkapannya.

Penggunaan unsur bahasa sinkop dikesan melalui penggunaan perkataan “ jua ” seperti berikut.

Perteguh jua alat perahumu.

Penggunaan unsur simile pula dapat dikesan melalui penggunaan perkataan “ seperti ”.Contohnya,

Karangnya tajam seperti tombak.


Nada.

Lebih menekankan seruan kepada manusia ke arah kebaikan seperti menyuruh melakukan amal ibadat yang diwajibkan dalam agama.



Bentuk


Rima.

Rima kesemua rangkap syair ini mempunyai rima a-a-a-a kecuali rangkap rangkap kesembilan yang mempunyai rima a-a-a-b.

Jumlah Rangkap.

Syair ini mempunyai 25 rangkap.

Jumlah Baris Dalam Rangkap.

Semua rangkap mempunyai empat baris.Berbentuk quatrin.


Jumlah Kata Dalam Baris.

Jumlahnya adalah antara 3-6 perkataan dalam sebaris.





Jumlah Suku Kata Dalam Baris.

Jumlahnya adalah antara 9-14 suku kata sebaris.


Mesej.

Membawa mesej tentang pentingnya beriman kepada Tuhan.

Membawa mesej tentang pentingnya kita menyedari kesementaraan hidup di dunia ini.

Kita mestilah tabah menjalani hidup ini dengan menempuh segala dugaan yang boleh menggugat keimanan kita.

Pentingnya kita beribadat dan melakukan kebaikan di dunia ini.



Nilai


Nilai Kemanusiaan yang dapat dikesan dalam syair ini menyentuh nilai keyakinan,keberanian dan tanggungjawab.

Keyakinan
Yakin kepada Allah yang menghidupkan kita dan mematikan kita.

Keberanian
Keberanian menempuh pelbagai cabaran hidup di dunia ini yang boleh menggugat keimanan kita.

Tanggungjawab
Tanggungjawab manusia terhadap agama dengan melakukan suruhan Tuhan.

Kg. Tingkalanon,
15 MAC 2008.

Wednesday, July 8, 2009

Rancangan Pngajaran Kesusasteraan Tradisional STPM

Rancangan Pengajaran Tahunan Kesusasteraan Melayu Tradisional STPM.

Minggu
Tajuk
Huraian
Catatan



1. Pengenalan.

1.1- Definisi.




1.2- Fungsi.


1.3- Ciri.





2. Jenis Kesusasteraan Melayu Tradisional.

2.1- Prosa Tradisional.


















2.2- Puisi Tradisional.



















3. Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional.

3.1- Tahap.




3.2- Tokoh.










3.3- Persoalan dan latar masyarakat.







4. Karya Agung dan Prosa Melayu Tradisional.










4.1- Penghayatan Intrinsik.


























































4.2- Penghayatan Ekstrinsik.











































5. Puisi Melayu Tradisional.









5.1- Penghayatan Intrinsik.




























































































5.2- Penghayatan Ekstrinsik.




(i). Umum tentang kesusasteran tradisional.
(ii). Khusus tentang kesusasteraan Melayu tradisional.

(i).Pendidikan/pengajaran/didaktik.
(ii). Kepuasan estetik.

(i). Lisan.
(ii). Tulisan.
(iii). Kreatif.
(iv). Bukan kreatif.
(v). Estetik.




2.1.1- Naratif:
(i). Naratif lisan.
(a). Mitos.
(b). Legenda.
(c). Cerita rakyat.

(ii). Naratif tulisan.
(a). Sastera sejarah.
(b). Sastera hikayat.
(c). Sastera panji.
(d). Sastera kepahlawanan/epik.

2.1.2- Bukan naratif:
(i). Sastera undang-undang.
(ii). Sastera agama.
(iii). Sastera kitab.
(iv). Sastera ketatakenegaraan.


2.2.1- Naratif:
Syair.

2.2.2- Bukan naratif.
(i). Pantun
(ii). Gurindam
(iii). Endoi
(iv). Rejang
(v). Dikir/Zikir
(vi). Ruba’i
(vii). Nazam
(viii). Masnawi
(ix). Ghazal
(x). Barzanji
(xi). Qit’ah
(xii). Seloka
(xiii). Teromba
(xiv). Talibun
(xv). Peribahasa berangkap
(xvi). Mantera




(i). Sastera lisan.
(ii). Sastera tulisan.
(a). Zaman Pra-Islam.
(b). Zaman Islam.

(i). Tun Seri Lanang.
(ii). Hamzah Fansuri.
(iii). Bukhari al-Jauhari.
(iv). Nurudin al-Raniri.
(v). Sheikh Daud al-Fatani.
(vi). Raja Ali Haji.
(vii). Syed Muhammad bin Zainal Abidin.
(viii). Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani.

(i). Keagungan raja dan negara.
(ii). Kepahlawanan
(iii). Kesetiaan rakyat.
(iv). Panduan untuk raja,pembesar dan rakyat.
(v). Keagamaan dan kepercayaan.
(vi). Pendidikan/moral.
(vii). Gambaran masyarakat.

4.0.1- Definisi:Takrif genre pilihan.

4.0.2- Fungsi:Penjelasan tentang fungsi genre pilihan.

4.0.3- Ciri/Sifat Sastera:Penjelasan tentang ciri/sifat genre pilihan.

4.0.4- Kedudukan:
(i). Keistimewaan
(ii). Kemapanan


4.1.1- Tema/Persoalan/Pemikiran:
(i). Tema:Harfiah/tersurat dan tersirat.
(ii). Persoalan/Pemikiran.
(iii). Mesej.

4.1.2- Nilai:
(i). Kemanusiaan
(ii). Kemasyarakatan
(iii). Keagamaan/Moral

4.1.3- Latar:
(i). Tempat
(ii). Masa/Suasana
(iii). Masyarakat

4.1.4- Plot dan peristiwa :
(i). Peristiwa dan jalinannya
(ii). Plot
(a). Jenis Plot
(b). Perkembangan Plot

4.1.5- Wayak dan perwatakan:
(i). Jenis watak
(ii). Peranan watak
(iii). Perwatakan:
(a). Latar dan sejarah watak
(b). Sifat dalaman
(c). Sifat luaran

4.1.6- Gaya bahasa:
(i). Personifikasi
(ii). Simile/Kiasan
(iii). Metafora
(iv). Anafora
(v). Ironi
(vi). Paradoks
(vii). Perlambangan
(viii). Perbandingan
(ix). Perulangan
(x). Citra
(xi). Dialek
(xii). Pengaruh bahasa asing

4.1.7- Teknik penulisan/persembahan :
(i). Imbas muka/imbas kembali
(ii). Dialog/monolog
(iii). Naratif/pemerian
( penceritaan langsung )
(iv). Ketegangan/Penyelesaian
(v). Perulangan.
(vi). Prolog dan epilog
(vii). Lisan
(viii). Dramatik ( penceritaan tak langsung )
(ix). Didaktik
(x). Pembahagian fasal/bab
(xi). Lakonan/Pewayangan



4.2.1- Latar belakang penulis dan karya/pewarnaan setempat :
(i). Latar belakang tokoh dan penghasilan karya
(ii). Latar masyarakat

4.2.2- Gambaran masyarakat:
(i). Pandangan hidup
(ii). Kemasyarakatan
(iii). Kemanusiaan

4.2.3- Peranan/Fungsi:
(i). Pendidikan/Pengajaran
(ii). Kepuasan estetik
(iii). Sosial
(iv). Keagamaan/Moral

4.2.4 - Unsur-unsur pegetahuan lain yang dikaitkan:
(i). Agama
(ii). Sejarah
(iii). Kemanusiaan
(iv). Kemasyarakatan

4.2.5- Nilai masyarakat:
(i). Nilai murni
(ii). Unsur positif/negatif

4.2.6- Ketatanegaraan:
(i). Negeri beraja
(ii). Kepimpinan
(iii). Keperwiraan
(iv). Kerakyatan
(v). Perundangan

4.2.7- Unsur-unsur tertentu:
(i). Humor
(ii). Pathos
(iii).Pengaruh/Sentuhan budaya
(iv). Pengembaraan
(v). Mitos/Legenda
(vi). Agama
(vii). Asal-usul
(viii). Binatang

5.0.1- Definisi:Takrif genre pilihan.

5.0.2- Fungsi:Penjelasan tentang fungsi genre pilihan.

5.0.3- Ciri/Sifat sastera:Penjelasan tentang ciri/sifat genre pilihan.




5.1.1- Tema/Persoalan/Pemikiran:
(i). Tema:Harfiah/tersurat dan tersirat.
(ii). Persoalan/pemikiran.
(iii). Mesej.

5.1.2- Nilai:
(i). Kemanusiaan
(ii). Kemasyarakatan
(iii).Keagamaan/Moral

5.1.3- Latar:
(i). Tempat
(ii). Masa/Suasana
(iii). Masyarakat

5.1.4- Watak dan perwatakan
( syair sejarah ):
(i). Jenis watak
(ii). Peranan watak
(iii). Perwatakan
(a). Latar dan sejarah watak.
(b). Sifat dalaman.
(c). Sifat luaran.

5.1.5- Gaya bahasa:
i). Personifikasi.
ii). Simile/Kiasan.
iii). Metafora.
iv). Anafora.
v). Epifora.
vi). Ironi.
vii). Paradoks.
viii). Perlambangan.
ix). Perbandigan.
x). Hiperbola.
xi). Alusi.
xii). Perulangan.
xiii). Inversi.
xiv). Citra.
xv). Asonasi.
xvi). Aliterasi.
xvii). Onomatopia.
xviii). Rima.
xix). Ritma/Irama.

5.1.6- Bentuk:
i). Bebas
a). Seloka
b). Teromba
c). Talibun
d). Peribahasa berangkap
e). Mantera

ii). Terikat
a). Distikon
b). Terset
c). Kuatren
d). Kuintain
e). Sestet
f). Oktaf
g). Pantun
h). Gurindam
i). Syair
j). Endoi
k). Rejang
l). Dikir/zikir
m). Ruba’i
n). Nazam
o). Masnawi
p). Ghazal
q). Barzanji
r). Qit’ah

5.1.7- Teknik penulisan:
i). Bait/rangkap
ii). Pembayang/sampiran
iii). Maksud
iv). Suku kata
v). Bilangan perkataan
vi). Naratif(syair)
vii). Jeda

5.1.8- Nada,rentak dan irama:
i). Romantis/melankolik
ii). Sinis
iii). Satira
iv). Patroitik
v). Epigram
vi). Eligi

5.1.9- Intuisi:
Perasaan dalaman sesebuah karya/seorang penyair

5.2.1- Latar belakang penulis dan karya/pewarnaan setempat:
i). Latar belakang tokoh dan penghasilan karya.
ii). Latar masyarakat.

5.2.2- Gambaran masyarakat:
i). Pandangan hidup.
ii). Kemasyarakatan.
iii). Kemanusiaan.

5.2.3- Peranan/fungsi:
i). Pendidikan/pengajaran.
ii). Kepuasan estetik.
iii). Sosial.
iv). Keagamaan/moral.


5.2.4- Unsur-unsur pengetahuan lain yang dikaitkan:
i). Agama
ii). Sejarah
iii). Kemanusiaan
iv). Kemasyarakatan

5.2.5- Nilai masyarakat:
i). Nilai murni.
ii). Unsur positif/negatif.

Rancangan Pengajaran Tahunan Kesusasteraan Melayu SPM

Rancangan Pengajaran Tahunan Kesusasteraan Melayu Tingkatan Empat ( 4 )

Minggu
Bahagian/Hasil Pembelajaran
Utama
Hasil Pembelajaran Khusus




1



2



3

A. Pengenalan Kesusasteraan Melayu.

1.0 – Menghuraikan definisi kesusasteraan,ciri,bentuk,sejarah perkembangan dan peranan kesusasteraan Melayu.



1.1 – Menerangkan definisi kesusasteraan.
1.2 – Menyatakan definisi kesusasteraan Melayu.
1.3 – Menyatakan ciri kesusasteraan Melayu.
1.4 – Menerangkan bentuk kesusasteraan Melayu.
1.5 – Menggalurkan sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu secara ringkas.
1.6 – Menjelaskan peranan kesusasteraan Melayu.




B. Prosa.

1.0 – Menghuraikan definisi,jenis,ciri dan peranan prosa.




2.0 – Menerangkan biodata pengarang prosa yang dikaji.




3.0 – Menghuraikan tema dan persoalan dalam karya prosa.







4.0 – Menganalisis watak dan perwatakan dalam karya prosa.









5.0 – Menghuraikan plot dalam karya prosa.








6.0 – Menghuraikan latar dalam karya prosa.







7.0 – Menganalisis gaya bahasa dalam karya prosa.









8.0 – Menghuraikan sudut pandangan dalam prosa.




9.0 – Menganalisis nilai kemanusiaan dan pengajaran dalam karya prosa.








10.0 – Menghasilkan dan mempersembahkan karya kreatif.










1.1 – Menjelaskan definisi prosa.
1.2 – Menerangkan jenis prosa.
1.3 – Membandingkan ciri prosa.
1.4 – Menghuraikan peranan prosa dalam masyarakat.

2.1 - Menerangkan butir-butir peribadi pengarang.
2.2 – Menerangkan latar belakang kepengarangan,sumbangan dan kejayaan pengarang.

3.1- Menerangkan definisi tema dan persoalan.
3.2- Menghuraikan tema dalam karya yang dikaji.
3.3- Menghuraikan persoalan dalam karya yang dikaji.
3.4- Menghubungkaitkan antara persoalan dengan tema dalam karya yang dikaji.

4.1- Menerangkan definisi watak dan perwatakan.
4.2- Menerangkan jenis watak dalam karya yang dikaji..
4.3- Menganalisis perwatakan luaran dan dalaman watak dalam karya yang dikaji.
4.4- Membandingkan watak-watak dalam karya yang dikaji.
4.5- Menghuraikan peranan watak dalam karya yang dikaji.

5.1- Menerangkan definisi plot.
5.2- Menerangkan jenis plot dalam karya yang dikaji.
5.3- Menjelaskan binaan plot dalam karya yang dikaji.
5.4- Menghuraikan teknik plot dalam karya yang dikaji.
5.5- Menghuraikan peranan teknik plot dalam karya yang dikaji.

6.1- Menerangkan definisi latar tempat,latar masa dan latar masyarakat.
6.2- Menerangkan latar tempat,latar masa dan latar masyarakat dalam karya yang dikaji.
6.3- Menghubungkaitkan latar tempat,latar masa dan latar masyarakat dengan peristiwa dalam karya yang dikaji.

7.1- Menerangkan definisi gaya bahasa.
7.2- Menghuraikan aspek gaya bahasa.
7.3- Menerangkan diksi,dialek,bahasa asing,bahasa arkaik,bahasa istana dan peribahasa dalam karya yang dikaji

7.4- Mengenal pasti ayat pendek dan ayat panjang dalam karya yang dikaji.
7.5- Mengalisis unsur bahasa dalam karya yang dikaji.

8.1- Menerangkan definisi sudut pandangan.
8.2- Menyenaraikan jenis sudut pandangan.
8.3- Menghuraikan jenis sudut pandangan dalam karya yang dikaji.

9.1- Menerangkan definisi nilai kemanusiaan dan pengajaran.
9.2- Menjelaskan nilai kemanusiaan dalam karya yang dikaji.
9.3- Menjelaskan pengajaran dalam karya yang dikaji.
9.4- Menghubungkaitkan antara nilai kemanusiaan dengan pengajaran dalam karya.

10.1- Menyenaraikan dan memilih idea daripada sumber yang pelbagai.
10.2- Mengemukakan idea dalam bentuk lisan dan lakaran..
10.3- Menyusun dan memilih peristiwa yang sesuai dengan jalan cerita.
10.4- Menulis cerita menggunakan bahasa yang tepat,indah dan menarik.
10.5- Menyunting dan menilai karya yang telah dihasilkan.
10.6- Mempersembahkan karya kreatif.




C. Drama.

1.0 – Menghuraikan definisi,jenis,ciri,teknik dan peranan drama.




2.0 – Menerangkan biodata pengarang drama yang dikaji.




3.0 – Menjelaskan pemikiran dan persoalan dalam drama.








4.0 – Menganalisis watak dan perwatakan dalam drama.







5.0 – Menghuraikan plot dalam drama.















6.0 – Menghuraikan latar dalam drama.





7.0 – Menganalisis gaya bahasa dalam drama.









8.0 – Menganalisis nilai kemanusiaan dan pengajaran dalam drama.








9.0 – Menghasilkan skrip drama dan mempersembahkan drama.





1.1- Menyatakan definisi drama.
1.2- Menerangkan jenis drama.
1.3- Menerangkan ciri drama.
1.4- Menerangkan teknik drama.
1.5- Menghuraikan peranan drama dalam masyarakat.

2.1- Menerangkan butir-butir peribadi pengarang.
2.2- Menjelaskan latar belakang kepengarangan,sumbangan dan kejayaan pengarang.

3.1- Menerangkan definisi,pemikiran dan persoalan drama.
3.2- Menghuraiakan pemikiran dalam drama yang dikaji.
3.3- Menghuraikan persoalan dalam drama yang dikaji.
3.4- Menghubungkaitkan antara pemikiran dan persoalan dalam drama yang dikaji dengan realiti masyarakat.

4.1- Menerangkan definisi watak dan perwatakan.
4.2- Menerangkan jenis watak dalam drama..
4.3- Menghuraikan perwatakan luaran dan dalaman watak dalam drama yang dikaji.
4.4- Membandingkan watak-watak dalam drama yang dikaji.

5.1- Menerangkan definisi plot.
5.2- Menerangkan jenis plot.
5.3- Menjelaskan binaan plot dalam drama yang dikaji.
5.4- Menghuraikan teknik plot dalam drama yang dikaji.
5.5- Menerangkan definisi prolog babak,adegan,episod dan epilog.
5.6- Menghubungkaitkan babak,adegan dan episod dengan plot dalam drama yang dikaji.
5.7- Menghuraikan peranan teknik plot dalam drama yang dikaji.



6.1- Menerangkan definisi latar tempat,latar masa dan latar masyarakat dalan drama.
6.2- Menerangkan latar tempat,latar masa dan latar masyarakat dalam drama yang dikaji.
7.1- Menerangkan definisi gaya bahasa.
7.2- Menghuraikan aspek gaya bahasa.
7.3- Menerangkan diksi,dialek,bahasa asing,bahasa arkaik,bahasa istana dan peribahasa dalam drama yang dikaji.
7.4- Menjelaskan penggunaan dialog,monolog dan monolog drama dalam drama yang dikaji.
7.5- Menganalisis aspek unsur bahasa dalam drama yang dikaji.

8.1- Menerangkan definisi nilai kemanusiaan dan pengajaran.
8.2- Menjelaskan nilai kemanusiaan dalam drama yang dikaji.
8.3- Menjelaskan pengajaran dalam drama yang dikaji.
8.4- Menghubungkaitkan antara nilai kemanusiaan dengan pengajaran dalam drama yang dikaji.

9.1- Menyenaraikan dan memilih idea daripada sumber yang pelbagai.
9.2- Mengemukakan idea dalam bentuk lisan dan lakaran.
9.3- Menyusun dan memilih peristiwa yang sesuai dengan jalan cerita.
9.4- Menyesuaikan prolog,babak, adengan,episod dan epilog dengan jalan cerita.
9.5- Menulis skrip drama.
9.6- Menyunting dan menilai skrip drama.
9.7- Mempersembahkan dan menilai drama.





D. Puisi.

1.0 – Menghuraikan definisi,jenis,ciri,dan peranan puisi.





2.0 – Menerangkan biodata penyair karyanya,yang dikaji.




3.0 – Menghuraikan maksud puisi.




4.0 – Menghuraikan tema dan persoalan dalam puisi.





5.0 – Menganalisis bentuk puisi.




6.0 – Menganalisis gaya bahasa dalam puisi.








7.0 – Menghuraikan nada dalam puisi.






8.0 – Menghuraikan nilai kemanusiaan dan pengajaran dalam puisi.






9.0 – Menghasilkan dan mempersembahkan puisi.




1.1- Menerangkan definisi puisi.
1.2- Menerangkan jenis puisi.
1.3- Membandingkan ciri pelbagai jenis puisi.
1.4- Menghuraikan puisi dalam masyarakat.

2.1- Menerangkan butir-butir peribadi penyair.
2.2- Menerangkan latar belakang kepenyairan,sumbangan dan kejayaan penyair.

3.1- Menerangkan maksud rangkap puisi yang dikaji.
3.2- Menjelaskam maksud keseluruhan puisi yang dikaji.

4.1- Menerangkan definisi tema dan persoalan.
4.2- Menghuraikan persoalan dalam puisi yang dikaji.
4.3- Menghubungkaitkan antara persoalan dengan tema dalam puisi yang dikaji.

5.1- Menghuraikan bentuk puisi yang dikaji.
5.2- Membandingkan bentuk berbagai puisi yang dikaji.

6.1- Menerangkan definisi gaya bahasa dalam puisi.
6.2- Menerangkan diksi,dialek,bahasa asing,bahasa istana,bahasa arkaik dan peribahasa dalam puisi.
6.3- Menganalisis unsur bahasa dalam drama yang dikaji.
6.4- Menganalisis unsur bunyi dalam puisi yang dikaji.

7.1- Menerangkan definisi nada.
7.2- Menerangkan jenis nada.
7.3- Menghuraikan nada dalam puisi yang dikaji.
7.4- Menghubungkaitkan antara nada dengan tema dalam puisi yang dikaji.

8.1- Menerangkan definisi nilai kemanusiaan dan pengajaran.
8.2- Menghuraikan nilai kemanusiaan dan pengajaran dalam puisi yang dikaji.
8.3- Menghubungkaitkan antara nilai kemanusiaan dengan pengajaran dalam puisi yang dikaji.

9.1- Menyenaraikan dan memilih idea daripada sumber yang pelbagai.
9.2- Mengemukakan idea dalam bentuk lakaran atau lisan.
9.3- Menulis puisi menggunakan bahasa puitis.
9.4- Menetapkan bentuk puisi.
9.5- Memurnikan puisi yang telah dihasilkan.
9.6- Mempersembahkan dan menilai puisi.

Soalan ramalan Kesusasteraan Melayu STPM 2009 - I

Kesusasteraan Melayu STPM 2009.

Bahagian A : Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional & Bahagian C : Prosa Melayu Tradisional

1. Cerita Mitos.
2. Cerita Legenda
3. Cerita Teladan
4. Kesusasteraan Hikayat berunsur Hindu-Islam dan Islam.
5. Kesusasteraan Agama
6. Kesusasteraan Kitab


Bahagian B : Karya Agung ( Sulalatus Salatin Sejarah Melayu )

1. Waad
2. Watak dan perwatakan Sultan Mahmud
3. Unsur Mitos
4. Peranan watak wanita
5. Keagungan sultan-sultan Melaka.
6. Keagungan Negara kota Melaka
7. Pengaruh Hindu dan Islam dalam SSSS
8. Penderhakaan Sang Rajuna Tapa di Singapura
9. Pengajaran atau pendidikan moral kepada raja-raja Melaka



Bahagian D : Puisi Melayu Tradisional

10. Gurindam
11. Endoi
12. Rejang
13. Dikir/Zikir
14. Nazam
15. Masnawi
16. Ghazal
17. Qi’tah
18. Teromba
19. Talibun
20. Peribahasa berangkap


From Badus With Love.

Cerita Teladan

TAJUK CERITA : “ BAWANG MERAH BAWANG PUTIH ”

1.0-DEFINISI/PENGENALAN
Cerita teladan mengisahkan tentang golongan rakyat biasa dan berkatarkan alam nyata.Selain itu,unsur kesaktian dan keajaiban amat berkurangan jika dabandingkan dengan cerita lipur lara.Walau bagaimanapun,unsur kebetulan memainkan peranan penting dalam cerita ini,terutama sebagai titik perubahan watak utama seperti ‘Bawang Merah’yang selalu ditindas dengan kejam oleh ibu tirinya iaitu‘Mak Kundur’akhirnya mendapat pembelaan.
Cerita teladan ini juga penuh dengan unsur didektik dan pengajaran pendidikan moral yang diterapkan melaluai nilai-nilai murni kepada kanak-kanak dalam aspek peraturan sosial dan agama bak kata pepatah melayu ‘Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya’. Selain itu,watak utama dalam cerita teladan selalunya menanggung penderitaan ,kekejaman, nasib malang, dan penindasan di awal cerita sebelum berlaku.Perubahan nasib,contohnya ‘Bawang Merah’.Antara cetita teladan yang terkenal ialah Bawang Merah Bawang Putih,Batu Bala Batu Bertangkup dan Si Tenggang hasil karya [Jamilah Haji Ahmad 1993].

2.O-SINOPSIS/RINGKASAN CERITA
Pak Ali mempunyai dua orang isteri iaitu ‘Mak Labu dan Mak Kundur’.Mak Labu telah melahirkan seorang anak perempuan melahirkan seorang anak perempuan yang bernama Bawang Putih.Pak Ali menjaga anaknya Bawang Merah dan Bawang Putih dengan penuh kasih sayang,tapi malangnya bak kata pepatah melayu ‘Jangan Disangka Air Yang Tenang Tak Ada Buaya’.Akibat dengan perbezaan tingkah laku Bawang Merah dan Bawang Putih.Bawang Merah ini mempunyai paras rupa yang cantik dan berhati mulia.Manakala Bawang Putih pula mempunyai sikap iri hati kepada Bawang Merah.Pak Ali mati apabila terkena sengat ikan sembilang.Setelah kematian Pak Ali kehidupan Bawang Merah dan ibunya penuh dengan kesengseraan dan penderitaan,kerana semua kerja di bendang haruslah dilakukan oleh Mak Labu.Akhirnya dendam kesumat Mak Labu telah menjelma seekor ikan kaloi.Pada suatu hari Mak Kundur telah menangkap ikan kaloi,kemudiaan digulai dan dihidangkan kepada Bawang Merah.Setelah Bawang Merah tahu bahawa makanan yang dihidangkan oleh Mak Kundur dan Bawang Putih itu adalah ibunya,Bawang Merah terus menangis dan pada malamnya dia bermimpi bertemu seorang perempuan tua dan menyuruh Bawang Merah memungut tulang-tulang ikan itu kemudian ditanam.Tempat tulang itu ditanam telah ditumbuhi pokok beringin.Di sinilah tempat Bawang Merah bermain buaian sambil bernyanyi.Seorang raja telah terpikat kepada Bawang Merah walaupun pada mulanya Bawang Putih cuba menyamar sebagai Bawang Merah.Akhirnya raja dan Bawang Merah berkhawin bak kata pepatah melayu ‘Sama Cantik Sama Padan,Bagai Pinang Dibelah Dua’.Akhirnya perbuatan Mak Kundur dan Bawang Putih diketahui oleh raja, dan Mak Kundur dan Bawang Putih diusir dari istana atas perbuatan mereka itu.









2.1 TEMA DAN PERSOALAN

Tema
•Balasan terhadap perbuatan jahat.
– perbuatan jahat mak kundur dan bawang putih terhadap bwang merah telah mendapati balasan.
– contohnya mereka di usir dari istana oleh raja.

PERSOALAN
• Kebenaran mengatasi pembohongan
– mak kundur dan bawang putih tidak dapat menipu raja.
– contohnya apabila raja ingin mendengar kemerduan suara anak mak kundur, bawang putih gagal kerana suara merdu itu milik bawang merah.
• nasib baik seorang gadis
–bawang merah yang nidup dalam kesusahan dan penuh penderitaan akhirnya telah menjadi senang apabila tekah berkhawin dengan raja


• kesebaran menempuhi kesukaran hidup.
– bawang merah tabah menempuhi kesukaran hidup selepas kematian ayah dan ibunya,kerana ditindas dengan kejam oleh mak kundur dan bawang putih.

2.2 MESEJ
• sikap pilih kasih yang boleh membawa bencana..
– contohnya: bawang merah yang mendapati layanan buruk daripada ibu tirinya mak kundur.
• kejahatan selalunya akan di balas dengan kejahatan juga.
– contohnya:mak kundur dengan bawang putih telah di usir dari negeri kerana cuba mempengaruhi bawang merah untuk membunuh raja.
• pentingnya mempunyai sikap pemaaf
– contohnya: raja membatalkan niatnya untuk membunuh mak kundur,sebaliknya mak kundur telah di usir dari negerinya.





2.2 NILAI
•kesebaran
– contohnya: bawang merah sabar menempuhi dugaan hidup selepas kematian ayah dan ibunya.
• mudah memaafi
–contohnya:raja telah memaafkan kesalahan mak kundur,raja hanya mengusir mak kundur dan bawang putih dari negerinya.
•kerajinan
–contohnya:bawang merah rajin mengikuti pak ali memancing ikan.
•baik hati
–contohnya:mak labu memohon maaf daripada mak kundur selepas mereka berselisi faham.
•keadilan
–contohnya:pa kali tidak menyebelahi mana-mana pihak pun apabila mak labu dan mak kundur bergaduh,sebaliknya menasihati mereka berdua.


2.3 PLOT
•JENIS PLOT.
–bersifat kronologi perestiwa di susun mengikut urutan waktu.
•PERKEMBANGAN PLOT.
P1 (pengenalan)
– mengesahkan tentang keluarga pak ali,pak mempunyai dua orang isteri dan akhirnya dia memperolehi dua orang anak iaitu bawang merah dan bawang putih.
P2(perkembangan
– krisis antara mak kundur dengan mak labu sehingga mak labu di bunuh oleh mak kundur dengan cara menolak mak labu ke dalam telaga.
P3(perumitan)
– raja kagum akan kemerduan suara bawang merah tetapi mak kundur memperkenalkan anaknya bawang putih kepada raja.
P4(puncak)
–tindakan bawang merah terhadap raja telah menimbulkan kemarahan raja.bawang merah masih didendami oleh mak kundur dan bawang putih.


– mak kundur dan bawang putih di usir dari istana kerana merekalah yang menjadi punca bawang merah membuat sesuatu yang menyakitkan hatinya.

2.4GAYA BAHASA
•SIMPULAN BAHASA
–Cuma,kelakuan,kedua-duanya berbeza iaitu bawang putih lebih ‘keras hati’
•INVERSI
–apabila diketahui ada orang mengintai perbuatannya,bawang merah dengan ‘rasa cemas pulang ke rumah’

2.5 TEKNIK PENCERITAAN
•PEMERIAN
–keseluruhan cerita ini mengemukakan teknik pemerian kerana tidak terdapat sebarang dialog, monolong,dan juga monolog dalaman.menurusi teknik pemerian,pengerangan,penceritaan tentang kesemua aspek termasuk latar dan waktu
2.6 LATAR
•LATAR TEMPAT
• rumah pak ali.
– pergaduhan antara mak kundur dengan mak labu.
• bawah pokok beringin.
– tempat bawang merah bermain buaian sambil bernyanyi.
• istana.
– tempat tinggal bawang merah selepas berkhawin dengan raja dan selepas menjadi permaisuri raja.
•Di tepi telaga.
– tempat bawang merah memberikan makanan kepada ikan kaloi.Di sini juga mak kundur menolak mak labu sehingga jatuh ke dalam telaga

• LATAR MASA.
•berlaku pada zaman tradisi memandangkan pengisahannya turut berkisar tentang masyarakat istana.Di gambarkan juga tentang corak hidup tradisi yang di amalkan setempat
– contohnya:terdapat telaga di rumah pak ali.
•LATAR MASYARAKAT.
•masyarakat kampung dan istana.
– mengesahkan tentang masyarakat kampung yang di wakili oleh pak ali.gambaran masyarakat istana pula ialah raja yang telah berkhawin dengan bawang merah.
•pekerjaan
– pelbagai jenis pekerjaan seperti petani, pemerintah dan pembesar anak negeri.
•golongan masyarakat.
– lebih menitikberatkan golongan tua dan muda

Skema jawapan Kertas 1,Semster 1,2009 - STPM

BAHAGIAN C : PROSA MELAYU TRADISIONAL.

1. Berdasarkan cerita Puteri Sa’dong dalam Mutiara Sastera Melayu Tradisional,huraikan tindakan Puteri Sa’dong setelah berjaya melepaskan diri daripada raja Siam. ( 25 markah )

Beberapa tindakan Puteri Sa’dong selepas berjaya melepaskan diri daripada raja Siam ialah:

(i). Puteri Sa’dong pergi menemui suaminya Raja Abdullah yang tinggal di Mahligai Melur ( Kampung Mahligai ).Raja Abdullah sudah berkahwin dengan Puteri Sekuntum Bunga.Raja Abdullah menyambut Puteri Sa’dong dengan caci- maki dan mendakwa Puteri Sa’dong sebagai Ibu Siam dan juga gundik raja Siam.
(ii). Puteri Sa’dong menerangkan keadaan yang sebenarnya kepada Raja Abdullah.Dia mengemukakan saksi untuk membuktikan kebenaran tetapi Raja Abdullah tidak mempercayainya.Raja Abdullah juga telah membunuh Tuk Leban yang menjadi saksi Puteri Sa’dong itu.
(iii). Selepas itu,Raja Abdullah cuba memancung leher Puteri Sa’dong tetapi tidak kena.Kemudian,Raja Abdullah menikam Puteri Sa’dong dengan keris lalu mengenai lambung kiri Puteri Sa’dong sehingga tembus ke lambung kanan.
(iv). Puteri Sa’dong mencabut keris itu dan keluarlah darah putih dari badannya.Kemudian,Puteri Sa’dong pengsan tetapi diubati oleh Raja Abdullah.
(v). Walau bagaimanapun,Puteri Sa’dong mengenakan ilmu kesaktian daripada nenek moyangnya dan menukar wajahnya menjadi panglima yang gagah perkasa lalu membunuh Raja Abdullah menggunakan cucuk sanggulnya. ( 25 markah )

2. Berdasarkan cerita Puteri Sa’dong seperti yang terdapat dalam Mutiara Sastera Melayu Tradisional,jelaskan dua perwatakan bagi setiap watak berikut:
(i). Puteri Sa’dong.
- Seorang yang taat – beliau tidak mudah terpengaruh dengan Raja Siam yang dikahwininya.Beliau kembali semula kepada suaminya Raja Abdullah.
-Seorang yang bijak apabila berdepan dengan dengan sesuatu keadaan.
(ii). Perwatakan Raja Abdullah.
-Seorang yang terburu-buru – baginda terburu-buru menuduh bekas isterinya Puteri Sa’dong jahat dan baginda enggan menerima semula Puteri Sa’dong yang kembali ke pangkuannya.
-Seorang yang kejam – baginda berusaha untuk membunuh Puteri Sa’dong dengan cara menikam.
(iii).Raja Loyar.
-Seorang yang cepat prasangka – menuduh Puteri Sa’dong sudah ditiduri oleh Raja Siam kerana Raja Siam raja besar dan tidak mungkin anaknya itu boleh mengelaknya walaupun anaknya tidak suka akan raja Siam.
-Cepat mengalah – mudah sahaja menyuruh Raja Abdullah menyerahkan Puteri Sa’dong kepada Raja Siam kerana dia menganggap mereka tidak terdaya melawan hulubalang Siam yang ramai itu. ( 9 m )

3. Berdasarkan kisah Inilah Hikayat Nur Muhammad seperti yang terdapat dalam Mutiara Sastera Melayu Tradisional:
(a). Nyatakan tiga unsur alam yang ditemui oleh Nur Muhammad dan sikap mereka yang dilihat oleh Nur Muhammad. ( 9 markah )
(b). Jelaskan dua perwatakan Nur Muhammad dalam cerita ini. ( 6 markah )
(c). Jelaskan tiga ciri cerita ini. ( 10 markah )

(a). Tiga unsur alam ditemui oleh Nur Muhammad ialah :
i). Angin.Nur Muhammad diperintahkan oleh Allah agar menemui angin.Sikap angin yang dilihat oleh Nur Muhammad ialah membangga-bangga diri mengikut kehendak hatinya.Angin juga mendakwa dirinya tidak ada cacat celanya.Bagaimanapun,apabila Nur Muhammad memberitahu bahawa angin menjadi hamba orang belayar,angin insaf dan menyuruh Nur Muhammad mengislamkannya.
ii).Api.Nur Muhammad diperintah Allah menemui api.Api juga sangat membangga diri.Api juga mendakwa boleh melakukan sesuatu mengikut kehendak hatinya.Nur Muhammad mendakwa bahawa api tidak boleh bermegah-megah kerana api boleh dibinasakan oleh air.Api juga dihidupkan oleh angin dan api juga menjadi hamba orang kerana memasakkan makanan orang.Api insaf dan menyuruh Nur Muhammad mengislamkannya.
iii). Tanah.Nur Muhammad juga diperintahkan Allah menemui tanah.Tanah sangat merendah diri dan malu,bersopan dan hormat serta takut kepada Allah.Tanah juga malu kepada Nur Muhammad.Hal ini membuatkan Nur Muhammad berasa hormat kepada tanah.
( 9 m )
(b).
i). Taat.Sebagai pesuruh Allah,Nur Muhammad digambarkan sebagai watak yang taat akan perintah Allah kerana pergi menemui angin,air dan api seperti yang diperintahkan oleh Allah.
ii). Tidak bongkak.Nur Muhammad mengakui kebesaran Allah walaupun memiliki pelbagai keistimewaan.Apabila bertemu dengan api dan air,Nur Muhammad mengakui bahawa dirinya sendiri amat hina. ( 6 m )
(c).
i). Memfokuskan kisah-kisah Nabi Muhammad s.a.w.Dalam cerita ini Nabi Muhammad s.a.w menjadi pesuruuh Allah yang kisah dalam cerita ini lebih banyak berkisar tentang perintah-perintah kepada Nabi Muhammad dan anugerah yang diterima oleh baginda.
ii). Terdapat unsur legenda dan mitos.Cerita ini turut menyelitkan unsur-unsur mitos dan legenda terutamanya pertuturan Nabi Muhammad dengan api,tanah,angin dan juga air.
iii). Mengisahkan tentang ketokohan dan keistimewaan.Dalam cerita ini dijelaskan dengan kehebatan dan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w dalam menyampaikan ajaran islam. ( 10 m )
4. Berdasarkan kisah Inilah Hikayat Nur Muhammad seperti yang terdapat dalam Mutiara Sastera Melayu Tradisional:
(a). Jelaskan perwatakan api,air,angin dan tanah seperti yang dilihat oleh Nur Muhammad.( 8 m )
(b). Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam cerita ini. ( 8 markah )
(c). Jelaskan tiga nilai murni dalam cerita ini. ( 9 markah )

(a). Api – membangga diri dengan kebesaran dan kekuasaannya.Walau bagaimanapun,insaf akan kelemahan diri.( 2 m ).
(b).Air bangga akan kekuatan dan kebesaran diri.Walau bagaimanapun,insaf akan kelemahan diri(2 m ).
(c). Angin membangga diri akan kebesarannya.Insaf dan mengakui kebesaran Allah ( 2 m ).
(d).Tanah merendah diri dan menyanjungi Nur Muhammad.Malu dan bersopan serta takut akan Allah( 2 m )

(b).
i). Persoalan mengenai penyebaran Islam.Menyebarkan Islam kepada makhluk-makhluk di dunia ini.Nabi Muhammad s.a.w telah mengislamkan api,air dan angin ( 3 m).
ii). Persoalan mengenai kewajipan bagi manusia.Manusia wajib melakukan apa yang disuruh oleh Allah.Manusia wajib menunaikan suruhan Tuhan seperti bersembahyang,berpuasa,menunaikan zakat dan lain-lain. ( 4 m )

( c ). Tiga nilai murni dalam cerita ini ialah :
i). Nilai merendah diri.Nilai murni yang diperlihatkan oleh makhluk-makhluk ciptaan Tuhan.Nur Muhammad dapat melihat tanah merendah diri dan tidak sombong ( 3 m ).
ii). Nilai keyakinan.Yakin diri terhadap sesuatu yang berkuasa dan perlu disembah.Meyakini keagungan Tuhan seperti yang terdapat pada Nur Muhammad,api,angin,air dan tanah.( 3 m ).
iii). Mengakui kesalahan.Mengakui kesalahan diri akibat kelemahan diri.Api,air dan angin mengakui kesalahan dan kelemahan diri mereka lalu mengakui kebesaran Allah ( 3 m ).

BAHAGIAN D : PUISI MELAYU TRADISIONAL.

Jawab dua soalan sahaja daripada bahagian ini.

5.

Segala puji bagi Allah yang menyuruh, Yang keempat keluar zakat jika sampai,
Berdiri sembahyang atas Islam dengan sungguh. Nisab harta milik kamu jangan lalai.

Wahai saudara sembahyang itu rukun Islam, Yang kelima naik haji ke Baitullah,
Fardu ain atas kamu siang malam. Jika ada kuat kuasa wajiblah.

Agama Islam dipersusun atas lima, Sumber : Dipetik daripada Md. Ali Bachik ( Iladam ),1989.
Mengucap syahadah tanda iman yang pertama. Himpunan Puisi Klasik.
Shah Alam:Marwilis Publisher.Halaman 329
Yang kedua sembahyang tiang agama,
Yang ketiga puasa Ramadan bulan utama.

(a). Jelaskan maksud keseluruhan puisi ini. ( 10 markah )
(b). Jelaskan empat gaya bahasa dalam puisi ini. ( 10 markah )
(c). Huraikan tema puisi ini. ( 5 markah )

(a). Rangkap pertama menjelaskan bahawa Allah memerintahkan hanbaNya menerjakan sembahyang dengan bersungguh-sungguh.
Rangkap kedua menjelaskan bahawa sembahyang merupakan Rukun Islam yang perlu dilakukan pada waktu siang dan malam mengikut waktunya.
Rangkap ketiga pula bermaksud Rukun Islam ada lima.Rukun Islam yang pertama ialah mengucap dua kalimah syahadah.
Rangkap keempat bermaksud mendirikan sembahyang dan Rukun Islam ketiga ialah berpuasa pada bulan Ramadhan.
Rangkap kelima menjelaskan bahawa mengeluarkan zakat mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Rangkap keenam bermaksud rukun Islam yang kelima ialah mengerjakan haji bagi mereka yang berkemampuan ( 10 m ).


(b).
i). Perulangan – terdapat perulangan anaphora dalam puisi ini iaitu :

Yang kedua itu tiang agama,
Yang ketiga puasa Ramadan bulan utama ( 21/2 m )

ii). Assonansi bermaksud permainan atau perulangan bunyi huruf vocal.Contoh yang terdapat dalam puisi ini ialah :
Jika ada kuasa wajiblah ( a )
Yang kelima naik haji ke Baitullah ( i ) ( 2/12 m )

iii). Metafora.Terdapat frasa metafora atau perbandingan langsung dalam puisi ini iaitu:

Yang kedua sembahyang itu tiang agama ( 21/2 m )

iv). Aliterasi – terdapat perulangan atau permainan bunyi huruf konsonan iaitu:

Yang keempat keluar zakat jika sampai ( k )
Segala puji bagi Allah yang menyuruh ( g ) ( 2 ½ m ).

( c ). Tema puisi ini ialah mengenai keagamaan.Ia merujuk kepada Rukun Islam yang mesti dipatuhi oleh setiap mereka yang beragama Islam seperti yang ditentukan oleh Allah.Umat Islam ditentukan supaya menunaikan Rukun Islam yang lima seperti sembahyang,berpuasa,mengeluarkan zakat,mengucap dua kalimah syahadah dan juga menunaikan haji jika berkemampuan. ( 5 M ).

6.
a). Maksud puisi ini ialah rangkap pertama menjelaskan bahawa jika manusia yakin kepada kematian,ia tidak akan mengikut nafsunya apabila bertindak.
Maksud rangkap yang kedua ialah pengarang menjelaskan bahawa apabila manusia tidak beramal kepada Tuhan,mereka akhirnya akan menyesal.
Rangkap ketiga pula bermaksud manusia diingatkan bahawa ketika ajal dating,tiada guna untuk menyesal lagi.
Rangkap keempat pula bermaksud bahawa semua manusia akan mati tetapi kita tidak dapat menentukan masanya.
Rangkap kelima bermaksud bahawa seseorang itu,apabila menemui kematian amat sakit dan ajal yang tidak boleh dihalang.
Rangkap keenam bermaksud bahawa semua manusia diajak membuat amal dan sebaliknya tidak lagi lalai serta leka.
Rangkap ketujuh bermaksud manusia wujud hasil kejadian daripada Tuhan dan kepada Tuhan juga kita akan kembali ( mati )
( 15 m )

b). Dua nilai yang terdapat dalam puisi ini ialah :
i). Nilai keberanian – disarankan manusia berani menempuh ajal dengan penuh amalan.Manusia mesti berani menempuh mati kerana mati akan berlaku kepada setiap manusia ( 3 m ).
ii). Nilai keyakinan – setiap umat Islam harus yakin bahawa semua makhluk akan mati.

Pada Tuhan kita datanglah asalnya,
Pada Tuhan kita kembalilah sudahnya ( 3 m )

c). Dua gaya bahasa dalam puisi ini ialah perulangan di mana terdapat perulangan anaphora atau perulangan awal baris.Contohnya,


Pada Tuhan kita datanglah asalnya,
Pada Tuhan kita kembalilah sudahnya ( 2 m )

Gaya bahasa yang kedua ialah assonansi di mana terdapat perulangan atau permainan bunyi huruf vocal dalam puisi ini iaitu :

Buat amal jangan lek jangan lena ( a )

Kalau sungguh kamu yakin akan mati ( u ) ( 2 m )

7.

a). Dua persoalan yang terdapat dalam puisi ini ialah kepentingan ilmu.Persoalan kepentingan ilmu dijelaskan bahawa ilmu dapat meredakan kemarahan dan menjadi panduan dalam hidup.Contohnya,
Nyawa itu ia menghidupkan hati segala hidupan nyawa dan hati manusia itu juga membawa suka ( 3 m ).
Persoalan mengenai kedudukan orang berilmu.Orang yang berilmu akan hidup bahagia dan sebaliknya orang tidak mempunyai ilmu akan hidup dalam keadaan sia-sia.( 3 m )

b).
i). Penggunaan bahasa simbolik – dalam puisi ini terdapat penggunaan kata “ kekasih” yang melambangkan ilmu( 2 m ).
ii). Perulangan – terdapat perulangan anaphora dan epifora iaitu:
Kekasih aku seperti nyawamulia juga
Kekasih ia juga dengan bawa pun ia juga( 2 m )

iii) Assonansi – terdapat perulangan bunyi assonansi dalam puisi ini iaitu:
Serta nyawa itu ia juga ( a )
Jika seribu tahun hidup sia-sia juga ( i ) ( 2 M )

iv). Penggunaan ali terasi – terdapat perulangan bunyi aliterasi dalam puisi ini iaitu:
Sekaliannya kesukaan ia sedia-sedia juga ( s )
Beruntung lagi berbahagia juga ( g ) ( 2 m )

c).
i). Rima – rima bagi puisi ini terkawal kerana mempunyai rima yang sama iaitu a/a/a/a/a/a/a/a/a/a/a/a ( 1 m )
ii). Jumlah rangkap – puisi ini mempunyai satu rangkap sahaja ( 1 m )
iii). Jumlah baris dalam rangkap – puisi ini mempunyai 12 baris sahaja dan berbentuk bebas. ( 1 m )
iv). Jumlah suku kata dalam baris – jumlahnya antara 9 hingga 33 suku kata sebaris ( 1 m )
v). Jumlah perkataan dalam baris – jumlahnya antara 4 hingga 14 perkataan sebaris ( 1 m )

Konsep Dan Istilah Kesusasteraan Melayu

Konsep Dan Istilah Kesusasteraan Melayu.

 Adegan – bahagian daripada babak dalam drama atau lakonan.
 Akronim – kata singkatan daripada beberapa perkataan yang berurutan.Contohnya;cerpen merupakan singkatan daripada cerita pendek.
 Aksi menegak – tindakan atau perlakuan yang menuju ke klimaks.
 Aksi menurun – tindakan atau perlakuan selepas puncak cerita dicapai.
 Anakronimisme – Fakta sejarah yang tidak tepat dalam karya sastera.Contohnya,kewujudan kerajaan Majapahit tidak sama dengan kewujudan kerajaan Melaka
 Antagonis – watak yang menentang watak utama.
 Babak – bahagian-bahagian dalam drama ( setiap babak ada beberapa adegan )
 Cerita berbingkai – cerita yang diselitkan dalam cerita lain ( cerita dalam cerita )
 Didaktik – mengajar atau mendidik.
 Dialog – pengucapan watak dengan watak yang lain.
 Eksposisi – bahagian permulaan atau pengenalan dalam urutan plot.
 Formalistik – aliran kritikan sastera yang menekankan bentuk,struktur,gaya dan kesan psikologi.
 Genre – jenis,cabang atau bidang sastera atau seni.Contohnya;sajak,novel,drama dan cerpen.
 Humanisme – aliran pemikiran yang memberikan keutamaan terhadap manusia dan kemanusiaan.Pergolakan jiwa dan permasalahan manusia diberi perhatian yang lebih berat daripada aspek lain.
 Imbas kembali – peristiwa atau kejadian yang digambarkan semula melalui penceritaan semula seperti mimpi,kenangan dan ingatan.
 Imbas muka – bayangan yang membolehkan pembaca atau penonton meramalkan sesuatu yang akan berlaku.
 Klimaks – bahagian dalam cerita yang yang menimbulkan tindakbalas emosi tertinggi ( puncak ) daripada pembaca atau penonton.
 Konflik – pertentangan antara watak atau pihak dalam plot cerita.Dibahagikan kepada dua jenis iaitu konflik dalaman dan luaran.
 Klise – ungkapan atau kata-kata yang terlalu biasa digunakan
( basi ).Contohnya, Lautan api akan ku renangi.

Kritikan sastera – kegiatan atau tulisan yang membicarakan
penilaian,penganalisisan dan pentafsiran terhadap karya
sastera.
 Struktulis – aliran kritikan yang berdasarkan penelitian pada ciri-ciri teori linguistik.
 Latar – semua maklumat berkaitan dengan waktu,ruang,tempat,suasana dan masyarakatterjadinya aksi dalam karya.
 Mesej – amanat.
 Monolog – pengucapan oleh seseorang watak yang ditujukan kepada dirinya sendiri.
 Nada - rasa hati penyair seperti marah,sedih,rindu dan saying.Jenis nada adalah seperti sinis,protes,melankolik,nostalgis dan romantis.
 Naratif – kisah atau cerita tentang peristiwa,pengalaman dan sebagainya.Contoh,hikayat,cerpen,novel dan drama.
 Pathos – penderitaan yang membangkitkan kesedihan,belas kasihan,kedukaan dan lain-lain.
 Peleraian – penyelesaian yang membawa kepada pengakhiran sesebuah cerita.
 Pot – jalan cerita atau rentetan peristiwa.
 Sinopsis – ringkasanvsesebuah cerita yang menggambarkan keseluruhan cerita.
 Tema – Gagasan fikiran atau persoalan utama/pokok yang mendasari karya.Contohnya,perjuangan,keagamaan,kemasyarakatan dan lain-lain.
 Wit – Pengucapan atau perlakuan yang melucukan dan menghasilkan kesan menarik kepada penonton atau pembaca.


GAYA BAHASA.

Gaya bahasa merupakan corak,bentuk atau rupa sesuatu bahasa iaitu meliputi aspek-aspek kesesuaian penggunaan perkataan,frasa dan ayat dalam situasi tertentu.

 Anafora-pengulangan kata di awal baris.
Contohnya,Tiap estet menghipunkan susu getah,Tiap lombong melonggokkan bijih,Tiap bank nyaman menghintung untung
 Epifora-pengulangan perkataan di akhir baris.
Contohnya,Fajar hilang ditelan enjin dan sibuk kota,Tawaku kemarau didada kota.
 Diksi-pilihan kata yang bersesuaian dengan makna dan dapat mempertingkatkan keberkesanan dengan gagasan yang disampaikan.
 Hiperbola-kiasan yang digunakan dalam menyatakan sesuatu tidak secara tepat tetapi berlebihan-lebihan.
Contohnya,Darah mengalir menganak sungai,Marahnya menyala-nyala.
 Hybrid-penggabungan dua patah perkataan.Contohnya,mimpiwangi,ajuksenja.
 Inversi-membalikkan kata iaitu urutan kata yang menyimpang daripada kebiasaan supaya menjadi baris yang lebih menarik dan menghasilkan kesan tertentu.Contohnya,Terasa sekali dingin angin =Angin terasa dingin sekali.

 Metafora-perkataan kata yang menerbitkan makna yang lain daripada makna lain.Sesuatu objek diberikan sifat secara kiasan.Pada kebiasaannya mengandungi 2 patah perkataan yang bersifat konkrik dan abstrak.Contohnya,Jentera ingatan,gunung harapan,pantai kasih
 Personafikasi-unsur yang digunakan untuk memberikan sifat manusia kepada benda,haiwan dan tumbuhan (gaya pengorangan).Contohnya,Daun nyiur melambai –lambai,Mentari tersenyum riang.
 Simbolik-juga dikenali sebagai perlambangan.Melukiskan sesuatu dengan mempergunakan benda lain sebagai lambang.Bertujuan memindahkan sifat seseorang atau sesuatu kepada yang lain.Contohnya,’Merpati’ melambangkan ‘kebebasan’ dan ‘Gunung’ melambangkan ‘cita-cita.’
 Simile-kiasan yg digunakan untuk membandingkan sesuatu yg lain dengan menggunakkan kata-kata perbandingan iaitu umpama,bak,bagai,macam,laksana dll.Contohnya,badannya kurus seperti lidi.
 Sinkop-pemendekan @ penyingkatan sesuatu kata.
Contohnya,hendak = nak, sahaja = saja Matahari = mentari











UNSUR BUNYI.

o Aliterasi – pengulangan bunyi huruf konsonan dalam baris-baris puisi.Contohnya, Menghantar bahtera ke segara darma.
( 4 kali pengulangan bunyi/huruf konsonan ‘r’ )

o Assonasi – pengulangan bunyi/huruf vokal ( a,e,i,o,u ) dalam baris-baris puisi.Contoh, Aku sama menagih kemerdekaan kekasih.

o Rima – persamaan bunyi suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua baris atau lebih dalam puisi.
Contoh,simpan/lipan,rumah/lemah.Skema bunyi pada baris-baris
dalam rangkap-rangkap puisi.Contoh,rima akhir bagi pantun =
a/b/a/b.Rima akhir bagi syair = a/a/a/a.

o Jeda – merupakan hentian suara sekejap dalam penuturan untuk menandai batas hubungan bahagian-bahagian ayat.Contoh jeda dalam pantun ; Anak itik / di dalam peti,
Berhati baik / murah rezeki.

BENTUK

 Distikon – sajak yang ditulis dua baris serangkap.
 Terzina/Terset – mengandungi tiga baris serangkap.
 Kuantrin – sajak yang mengandungi empat baris serangkap.
 Quintain – rangkap puisi yang terdiri daripada lima baris.
 Sestet – rangkap puisi yang mengandungi enam baris.
 Septet – puisi yang ditulis dalam bentuk tujuh baris setiap rangkap.
 Oktaf – rangkap puisi yang mengandungi lapan baris.







Jumlah baris setiap rangkap Istilah Khusus
2
3
4
5
6
7
8 Distikon
Terzina
Kuantrain
Quintain
Sestet
Septet
Oktaf


WATAK.

 Perwatakan – gambaran keseluruhan sifat-sifat watak yang ditonjolkan dalam cerita seperti kelakuan,perasaan,latar belakang,cara berfikir dan lain-lain.
 Watak – manusia atau pelakon yang menggerakkan sesebuah cerita.Contoh,manusia,haiwan,tumbuhan,benda,makhluk asing dan lain-lain.
 Protagonis – watak utama dalam sesebuah karya ( boleh diwakili oleh watak baik atau watak jahat ).
 Antagonis – pihak yang menentang watak utama sehinggabmunculnya konflik.
 Bulat/bundar – memiliki sifat-sifat manusia biasa seperti alim,cemburu,bengis,sopan,dengki dan lain-lain.
 Dinamik – watak yang sentiasa berubah dan memajukan dirinya daripada keadaan kurang baik kepada yang lebih baik.Contoh,watak pencuri berubah menjadi baik setelah mendapat petunjuk ilahi.




 Kodi – watak pembantu yang berada di sekitar watak utama dan sifatnya hampir sama dalam semua cerita, spt. dayang yang setia, putera raja yang kacak dan sakti, khadam yang bodoh pandai , ibu tiri yang kejam dll.
 Statik – watak yang tidak mengalami sebarang perubahan dari awal hingga akhir cerita spt. seorang pencuri terus mencuri hingga ke pengakhiran cerita walaupun sesudah di penjara.
 Putih – watak yang senriasa melakukan tindakan positif,baik dan disenangi oleh watak lain.
 Hitam – watak negative yang sentiasa melakukan tindakan yang disenangi oleh watak lain.


NADA

Nada dalam puisi merupakan tinggi rendah tekanan suara yang berhubung dengan perasaan penyair ketika menulis,atau membaca puisi atau sajak.

- Nada melankolik – Menggambarkan hati yang sedih,murung,mendayu-dayu dan hiba.Nada begini biasanya sesuai untuk puisi yang mengemukakan penderitaan dan kehampaan.
- Nada Protes – Mengambarkan hati yang menentang dan memberontak.Tekanan suara yang digunakan tinggi dan pantas serta mengemukakan persoalan ketidakadilan dan kekejaman yang menimbulkan kemarahan dan kebencian.
- Nada Romantis – Menggambarkan hati yang tenang dan damai.Tekanan suara berselang seli tinggi dan rendah.sesuai untuk mengemukakan persoalan berhubung dengan peristiwa indah,kasih saying,harapan dan impaian.
- Nada Sinis – Menggambarkan hati yang kurang senang.Tekanan suara agak rendah dan perlahan untuk mengemukakan persoalan yang tidak dipersetujui. Kata-kata penuh dengan sindiran yang halus dan tajam.
- Nada Patriotik – menggambarkan hati yang bersemangat,menggunakan tekanan suara yang tinggi bersemangat.Biasanya puisi ini mengemukakan persoalan perjuangan dan cita-cita yang tinggi serta berani.



































Konsep & Istilah Kesusasteraan Melayu.
( Sesuai untuk pelajar Kesusasteraan Melayu peringkat SPM/STPM dan Bahasa Melayu KOMSAS peringkat PMR/SPM )



Disediakan oleh,

George Jod Bungas @ Mohd. Hirzi,
Ketua Panitia Kesusasteraan Melayu,
SMK Tandek,Kota Marudu,Sabah.
1 Januari 2009.

“ SENI UNTUK MASYARAKAT ”











Catatan

Pantun

Kajian Teks Pantun Oleh George Jod Bungas.

Pantun Nasihat Dan Pendidikan.

Pijak galah sambil berlari,
Rupanya hujung sudah patah;
Banyakkan usaha kepada diri,
Masa diri muda dan mentah.

Buah keras makan dikikir,
Dibawa orang dari hulu;
Barang kerja hendaklah difikir,
Supaya jangan mendapat malu.

Kapal layar bertiang tiga,
Tiang keempat batangan galah;
Amal ikhtiar bahagian kita,
Hasil pendapat di tangan Allah.

Bukan rusa sebarang rusa,
Rusa larangan raja Melayu;
Jangan biasa membuang masa,
Masa berjalan lepas selalu.

Sumber : Zainal Abidin Bakar ( peny. ),1991.
Pantun Melayu.
Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.


Cantik sungguh tudung saji,
Orang Melaka jual di pekan;
Jangan bertangguh bila berjanji,
Sampai masanya sila tunaikan.

Sungai Jai jauh ke barat,
Jalan ke sana bersimpang-simpang;
Orang jujur jarang melarat,
Hidup bahagia hidupnya lapang.

Sumber : Wahyunah Haji Abd. Gani dan Mohammad Shaidan ( peny. ),2000.
Puisi Melayu Lama Berunsur Islam.
Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.




Maksud Pantun.

Rangkap pertama pantun bermaksud kita harus banyak berusaha jika hendak berjaya.Usaha hendaklah dimulakan ketika kita masih muda demi kesenangan pada hari tua.
Rangkap kedua pantun pula bermaksud setiap pekerjaan yang dilakukan hendaklah dibuat secara beringat-ingat dan berhati-hati,jangan kita buat ikut suka hati kita sahaja.Pekerjaan yang bakal kita buat mestilah dirancang dengan rapi barulah akan membuahkan hasil yang baik.Kerja yang tidak dirancang akan gagal atau mendapat malu.
Rangkap ketiga bermaksud kita harus berusaha untuk menyiapkan kerja kita dengan bersungguh-sungguh.Setelah berusaha bersungguh-sungguh kita berserah kepada Allah kerana dialah yang menentukan kejayaannya.
Rangkap keempat pantun pula mengingatkan setiap insan supaya memanfaatkan masa dengan sebaik-baiknya,bukan membiarkannya berlalu begitu sahaja.Ini kerana masa akan terus berlalu tanpa menunggu kita walau sesaat pun.
Rangkap kelima bermaksud kita tidak boleh bertangguh bila berjanji.Kita harus menepati janji seperti yang dipersetujui sebelum ini.
Rangkap terakhir bermaksud orang yang jujur hidup bahagia kerana mereka boleh berfikiran dengan rasional dan waras.Mereka boleh menerima keadaan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib dirinya.Mereka hidup bahagia dan berhati lapang kerana mereka berhati baik dan boleh menerima hakikat.

Tema Dan Persoalan.

Pantun ini bertemakan nilai-nilai positif yang perlu diamalkan oleh manusia.Seseorang itu mestilah mengamalkan sikap-sikap positif dalam hidupnya jika hendak beroleh kesenangan dalam hidup.
Pantun ini mengemukakan tiga persoalan iaitu menghargai masa,kuasa Tuhan dan adat berjanji.
Kita harus menghargai masa terutama sekali semasa masih muda.Ini kerana pada masa ini tenaga dan kemampuan masih ada demi untuk kesenangan hidup.Masa juga tidak boleh dibuang begitu sahaja tetapi digunakan dengan penuh perancangan dan semaksimum mungkin.
Sesungguhnya tidak ada sesiapa pun yang dapat menafikan kekuasaan Tuhan.Manusia hanya mampu merancang dan berikhtiar untuk mencapai apa yang dihajati tetapi Tuhan yang menentukannya.
Dari sudut adat berjanji,janji itu perlu ditunaikan apabila tiba masanya.Orang yang mungkir janji adalah pembohong dan berdosa di sisi Tuhan.


Gaya Bahasa Pantun.

Pantun ini menggunakan gaya bahasa pengulangan dalam rangkap pantunnya untuk menunjukkan keindahannya seperti yang terdapat dalam rangkap 4 baris 4 iaitu;

Bukan rusa sebarang rusa.

Gaya bahasa personifikasi juga terdapat dalam pantun ini seperti yang terdapat dalam rangkap 4 baris 4 iaitu;

Masa berjalan lepas selalu.

Gaya assonasi yang menggunakan huruf vokal seperti a,e,i,o dan u,juga dapat dikesan dalam pantun ini seperti yang terdapat pada rangkap 5 baris 4 iaitu;

“a” - Rusa larangan raja Melayu.

“i” - Sampai masanya sila tunaikan. ( Rangkap 5 baris 4 ).

Gaya bahasa aliterasi juga digunakan dalam pantun ini.

“j” - Jangan bertangguh bila berjanji. ( Rangkap 5 baris 3 )

“l” - Masa berjalan lepas selalu. ( Rangkap 4 baris 4 )

“k” - Buah keras makan dikikir. ( Rangkap 2 baris 1 ).

Penggunaan unsur alam dalam pantun ini juga dapat menjadi tarikan kepada khalayak untuk turut menghayati mesej yang bakal disampaikan.Unsur alam itu adalah melalui perkataan “galah”, “buah keras”, “kapal layar”, dan “rusa”.Unsur alam melalui perkataan ini menampakkan jati diri Melayu dalam pantun ini.


Nada Pantun.

Pantun ini bernada romantis.Secara keseluruhannya,pantun ini mengemukakan nasihat ke arah kebaikan.Contohnya,menasihati kita supaya rajin bekerja,berfikir terlebih dahulu sebelum bertindak dan beberapa kebaikan lain.
Contohnya rangkap satu pantun iaitu;

Pijak galah sambil berlari,
Rupanya hujung sudah patah;
Banyakkan usaha kepada diri,
Masa diri muda dan mentah.

Rangkap pantun ini jelas menyeru supaya banyak berusaha untuk kebaikan diri sendiri semasa masih muda dan mencari sebanyak mana pengalaman.





Bentuk Pantun.

Pantun ini berbentuk tradisional dari segi rima,jumlah perkataan dalam baris dan jumlah suku kata dalam baris.
Dari segi rima,rima bagi semua rangkap ialah a-b-a-b.Contohnya rangkap 2 pantun iaitu;

Buah keras makan dikikir,
Dibawa orang dari hulu;
Barang kerja hendaklah difikir,
Supaya jangan mendapat malu.

Pantun ini mempunyai enam rangkap.Jumlah baris dalam rangkap adalah empat baris serangkap.Berbentuk kuatrin.Dua baris awal ialah pembayang maksud manakala dua
baris akhir ialah maksud.
Jumlah perkataan adalah di antara 4 hingga 5 patah perkataan.Jumlah suku kata pula di antara 9 hingga 11 suku kata.Contohnya rangkap 1 baris 1 ( 8 suku kata )iaitu;

Pi/jak ga/lah sam/bil ber/la/ri.

Baris yang mempunyai 11 suku kata adalah pada rangkap 1 baris ketiga iaitu;

Ba/nyak/kan u/sa/ha ke/pa/da di/ri.


Mesej Pantun.

Amanat yang cuba disampaikan melalui pantun ini adalah seperti pentingnya kita berfikir ketika melakukan sesuatu.Hal ini dapat dikesan pada rangkap 2 pantun seperti berikut;

Buah keras makan dikikir,
Dibawa orang dari hulu;
Barang kerja hendaklah difikir,
Supaya jangan mendapat malu.

Mesej lain yang terdapat dalam pantun ini ialah sikap malas dan membuang masa patut dihindari.Pantun ini juga mengetengahkan mesej pentingnya kejujuran untuk mencapai kebahagian hidup.

Nilai Dalam Pantun.

Menerapkan nilai kemanusiaan yang mengesyorkan kepada kita agar sentiasa berusaha dan berikhtiar.Kita diseru agar berusaha ketika masih muda dan bertenaga.Contohnya rangkap 1 pantun iaitu;

Pijak galah sambil berlari,
Rupanya hujung sudah patah;
Banyakkan usaha kepada diri,
Masa diri muda dan mentah.

Mesej lain yang terdapat dalam pantun ialah berfikir sebelum bertindak.Kita haruslah berfikir sebelum melakukan sebarang kerja supaya mendapat hasil yang baik.Contohnya rangkap 2 pantun iaitu;

Buah keras makan dikikir,
Dibawa orang dari hulu;
Barang kerja hendaklah difikir,
Supaya jangan mendapat malu.



2 Febuari 2008.
Kg. Tingkalanon.

Monday, July 6, 2009

Aman

Aman ialah nama panggilan atau nama gelemormu, nama sebenar Dr.H.Robert Garatam. Dia boleh membantu kita tentang perubatan Homeopati, terapi, dan pendidikan. Hubungan kekeluargaan jangan kita abaikan kerana banyak faedah yang kita peroleh jika kita sentiasa mengamalkan nilai kasih sayang terhadap keluarga. Andai lautan itu sentiasa mengalunkan ombak yang begitu seni. Begitulah juga.... kepada kehidupan manusia.... banyak cabaran yang kita harus hadapi. Kita perlu menghadapi semua perkara dengan aman... baru konsep one Malaysia itu tercapai. Badus+Aman. Ketoluadan togumu.

Kesusasteraan Melayu Tradisional

Perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional di Malaysia pada tahap sederhana.Usaha untuk memperkenalkan genre ini agak sederhana dan agak perlahan kerana tidak digunakan secara meluas oleh generasi baru dari setiap kaum.Sepatutnya usaha untuk memastikan kesusasteraan tradisional dari terus berkembang perlu dipikul oleh semua pihak termasuklah pihak kerajaan,persatuan-persatuan mengikut kaum,para penggiat seni budaya dan para ilmuwan.

Tentang Badus

Badus merupakan akronim bagi perkataan bajau dan dusun.Saya dari suku kaum dusun manakala isteri saya pula dari suku kaum bajau.Maksud lain bagi perkataan Badus ialah sejenis ikan air tawar ( bahasa Dusun Kimaragang ).Ikan ini boleh dijadikan lauk dan ubat khususnya bagi ibu yang baru bersalin serta orang baru menjalani pembedahan.Hubungi saya jika ingin mendapatkan keterangan lanjut.