Wednesday, July 8, 2009

Skema jawapan Kertas 1,Semster 1,2009 - STPM

BAHAGIAN C : PROSA MELAYU TRADISIONAL.

1. Berdasarkan cerita Puteri Sa’dong dalam Mutiara Sastera Melayu Tradisional,huraikan tindakan Puteri Sa’dong setelah berjaya melepaskan diri daripada raja Siam. ( 25 markah )

Beberapa tindakan Puteri Sa’dong selepas berjaya melepaskan diri daripada raja Siam ialah:

(i). Puteri Sa’dong pergi menemui suaminya Raja Abdullah yang tinggal di Mahligai Melur ( Kampung Mahligai ).Raja Abdullah sudah berkahwin dengan Puteri Sekuntum Bunga.Raja Abdullah menyambut Puteri Sa’dong dengan caci- maki dan mendakwa Puteri Sa’dong sebagai Ibu Siam dan juga gundik raja Siam.
(ii). Puteri Sa’dong menerangkan keadaan yang sebenarnya kepada Raja Abdullah.Dia mengemukakan saksi untuk membuktikan kebenaran tetapi Raja Abdullah tidak mempercayainya.Raja Abdullah juga telah membunuh Tuk Leban yang menjadi saksi Puteri Sa’dong itu.
(iii). Selepas itu,Raja Abdullah cuba memancung leher Puteri Sa’dong tetapi tidak kena.Kemudian,Raja Abdullah menikam Puteri Sa’dong dengan keris lalu mengenai lambung kiri Puteri Sa’dong sehingga tembus ke lambung kanan.
(iv). Puteri Sa’dong mencabut keris itu dan keluarlah darah putih dari badannya.Kemudian,Puteri Sa’dong pengsan tetapi diubati oleh Raja Abdullah.
(v). Walau bagaimanapun,Puteri Sa’dong mengenakan ilmu kesaktian daripada nenek moyangnya dan menukar wajahnya menjadi panglima yang gagah perkasa lalu membunuh Raja Abdullah menggunakan cucuk sanggulnya. ( 25 markah )

2. Berdasarkan cerita Puteri Sa’dong seperti yang terdapat dalam Mutiara Sastera Melayu Tradisional,jelaskan dua perwatakan bagi setiap watak berikut:
(i). Puteri Sa’dong.
- Seorang yang taat – beliau tidak mudah terpengaruh dengan Raja Siam yang dikahwininya.Beliau kembali semula kepada suaminya Raja Abdullah.
-Seorang yang bijak apabila berdepan dengan dengan sesuatu keadaan.
(ii). Perwatakan Raja Abdullah.
-Seorang yang terburu-buru – baginda terburu-buru menuduh bekas isterinya Puteri Sa’dong jahat dan baginda enggan menerima semula Puteri Sa’dong yang kembali ke pangkuannya.
-Seorang yang kejam – baginda berusaha untuk membunuh Puteri Sa’dong dengan cara menikam.
(iii).Raja Loyar.
-Seorang yang cepat prasangka – menuduh Puteri Sa’dong sudah ditiduri oleh Raja Siam kerana Raja Siam raja besar dan tidak mungkin anaknya itu boleh mengelaknya walaupun anaknya tidak suka akan raja Siam.
-Cepat mengalah – mudah sahaja menyuruh Raja Abdullah menyerahkan Puteri Sa’dong kepada Raja Siam kerana dia menganggap mereka tidak terdaya melawan hulubalang Siam yang ramai itu. ( 9 m )

3. Berdasarkan kisah Inilah Hikayat Nur Muhammad seperti yang terdapat dalam Mutiara Sastera Melayu Tradisional:
(a). Nyatakan tiga unsur alam yang ditemui oleh Nur Muhammad dan sikap mereka yang dilihat oleh Nur Muhammad. ( 9 markah )
(b). Jelaskan dua perwatakan Nur Muhammad dalam cerita ini. ( 6 markah )
(c). Jelaskan tiga ciri cerita ini. ( 10 markah )

(a). Tiga unsur alam ditemui oleh Nur Muhammad ialah :
i). Angin.Nur Muhammad diperintahkan oleh Allah agar menemui angin.Sikap angin yang dilihat oleh Nur Muhammad ialah membangga-bangga diri mengikut kehendak hatinya.Angin juga mendakwa dirinya tidak ada cacat celanya.Bagaimanapun,apabila Nur Muhammad memberitahu bahawa angin menjadi hamba orang belayar,angin insaf dan menyuruh Nur Muhammad mengislamkannya.
ii).Api.Nur Muhammad diperintah Allah menemui api.Api juga sangat membangga diri.Api juga mendakwa boleh melakukan sesuatu mengikut kehendak hatinya.Nur Muhammad mendakwa bahawa api tidak boleh bermegah-megah kerana api boleh dibinasakan oleh air.Api juga dihidupkan oleh angin dan api juga menjadi hamba orang kerana memasakkan makanan orang.Api insaf dan menyuruh Nur Muhammad mengislamkannya.
iii). Tanah.Nur Muhammad juga diperintahkan Allah menemui tanah.Tanah sangat merendah diri dan malu,bersopan dan hormat serta takut kepada Allah.Tanah juga malu kepada Nur Muhammad.Hal ini membuatkan Nur Muhammad berasa hormat kepada tanah.
( 9 m )
(b).
i). Taat.Sebagai pesuruh Allah,Nur Muhammad digambarkan sebagai watak yang taat akan perintah Allah kerana pergi menemui angin,air dan api seperti yang diperintahkan oleh Allah.
ii). Tidak bongkak.Nur Muhammad mengakui kebesaran Allah walaupun memiliki pelbagai keistimewaan.Apabila bertemu dengan api dan air,Nur Muhammad mengakui bahawa dirinya sendiri amat hina. ( 6 m )
(c).
i). Memfokuskan kisah-kisah Nabi Muhammad s.a.w.Dalam cerita ini Nabi Muhammad s.a.w menjadi pesuruuh Allah yang kisah dalam cerita ini lebih banyak berkisar tentang perintah-perintah kepada Nabi Muhammad dan anugerah yang diterima oleh baginda.
ii). Terdapat unsur legenda dan mitos.Cerita ini turut menyelitkan unsur-unsur mitos dan legenda terutamanya pertuturan Nabi Muhammad dengan api,tanah,angin dan juga air.
iii). Mengisahkan tentang ketokohan dan keistimewaan.Dalam cerita ini dijelaskan dengan kehebatan dan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w dalam menyampaikan ajaran islam. ( 10 m )
4. Berdasarkan kisah Inilah Hikayat Nur Muhammad seperti yang terdapat dalam Mutiara Sastera Melayu Tradisional:
(a). Jelaskan perwatakan api,air,angin dan tanah seperti yang dilihat oleh Nur Muhammad.( 8 m )
(b). Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam cerita ini. ( 8 markah )
(c). Jelaskan tiga nilai murni dalam cerita ini. ( 9 markah )

(a). Api – membangga diri dengan kebesaran dan kekuasaannya.Walau bagaimanapun,insaf akan kelemahan diri.( 2 m ).
(b).Air bangga akan kekuatan dan kebesaran diri.Walau bagaimanapun,insaf akan kelemahan diri(2 m ).
(c). Angin membangga diri akan kebesarannya.Insaf dan mengakui kebesaran Allah ( 2 m ).
(d).Tanah merendah diri dan menyanjungi Nur Muhammad.Malu dan bersopan serta takut akan Allah( 2 m )

(b).
i). Persoalan mengenai penyebaran Islam.Menyebarkan Islam kepada makhluk-makhluk di dunia ini.Nabi Muhammad s.a.w telah mengislamkan api,air dan angin ( 3 m).
ii). Persoalan mengenai kewajipan bagi manusia.Manusia wajib melakukan apa yang disuruh oleh Allah.Manusia wajib menunaikan suruhan Tuhan seperti bersembahyang,berpuasa,menunaikan zakat dan lain-lain. ( 4 m )

( c ). Tiga nilai murni dalam cerita ini ialah :
i). Nilai merendah diri.Nilai murni yang diperlihatkan oleh makhluk-makhluk ciptaan Tuhan.Nur Muhammad dapat melihat tanah merendah diri dan tidak sombong ( 3 m ).
ii). Nilai keyakinan.Yakin diri terhadap sesuatu yang berkuasa dan perlu disembah.Meyakini keagungan Tuhan seperti yang terdapat pada Nur Muhammad,api,angin,air dan tanah.( 3 m ).
iii). Mengakui kesalahan.Mengakui kesalahan diri akibat kelemahan diri.Api,air dan angin mengakui kesalahan dan kelemahan diri mereka lalu mengakui kebesaran Allah ( 3 m ).

BAHAGIAN D : PUISI MELAYU TRADISIONAL.

Jawab dua soalan sahaja daripada bahagian ini.

5.

Segala puji bagi Allah yang menyuruh, Yang keempat keluar zakat jika sampai,
Berdiri sembahyang atas Islam dengan sungguh. Nisab harta milik kamu jangan lalai.

Wahai saudara sembahyang itu rukun Islam, Yang kelima naik haji ke Baitullah,
Fardu ain atas kamu siang malam. Jika ada kuat kuasa wajiblah.

Agama Islam dipersusun atas lima, Sumber : Dipetik daripada Md. Ali Bachik ( Iladam ),1989.
Mengucap syahadah tanda iman yang pertama. Himpunan Puisi Klasik.
Shah Alam:Marwilis Publisher.Halaman 329
Yang kedua sembahyang tiang agama,
Yang ketiga puasa Ramadan bulan utama.

(a). Jelaskan maksud keseluruhan puisi ini. ( 10 markah )
(b). Jelaskan empat gaya bahasa dalam puisi ini. ( 10 markah )
(c). Huraikan tema puisi ini. ( 5 markah )

(a). Rangkap pertama menjelaskan bahawa Allah memerintahkan hanbaNya menerjakan sembahyang dengan bersungguh-sungguh.
Rangkap kedua menjelaskan bahawa sembahyang merupakan Rukun Islam yang perlu dilakukan pada waktu siang dan malam mengikut waktunya.
Rangkap ketiga pula bermaksud Rukun Islam ada lima.Rukun Islam yang pertama ialah mengucap dua kalimah syahadah.
Rangkap keempat bermaksud mendirikan sembahyang dan Rukun Islam ketiga ialah berpuasa pada bulan Ramadhan.
Rangkap kelima menjelaskan bahawa mengeluarkan zakat mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Rangkap keenam bermaksud rukun Islam yang kelima ialah mengerjakan haji bagi mereka yang berkemampuan ( 10 m ).


(b).
i). Perulangan – terdapat perulangan anaphora dalam puisi ini iaitu :

Yang kedua itu tiang agama,
Yang ketiga puasa Ramadan bulan utama ( 21/2 m )

ii). Assonansi bermaksud permainan atau perulangan bunyi huruf vocal.Contoh yang terdapat dalam puisi ini ialah :
Jika ada kuasa wajiblah ( a )
Yang kelima naik haji ke Baitullah ( i ) ( 2/12 m )

iii). Metafora.Terdapat frasa metafora atau perbandingan langsung dalam puisi ini iaitu:

Yang kedua sembahyang itu tiang agama ( 21/2 m )

iv). Aliterasi – terdapat perulangan atau permainan bunyi huruf konsonan iaitu:

Yang keempat keluar zakat jika sampai ( k )
Segala puji bagi Allah yang menyuruh ( g ) ( 2 ½ m ).

( c ). Tema puisi ini ialah mengenai keagamaan.Ia merujuk kepada Rukun Islam yang mesti dipatuhi oleh setiap mereka yang beragama Islam seperti yang ditentukan oleh Allah.Umat Islam ditentukan supaya menunaikan Rukun Islam yang lima seperti sembahyang,berpuasa,mengeluarkan zakat,mengucap dua kalimah syahadah dan juga menunaikan haji jika berkemampuan. ( 5 M ).

6.
a). Maksud puisi ini ialah rangkap pertama menjelaskan bahawa jika manusia yakin kepada kematian,ia tidak akan mengikut nafsunya apabila bertindak.
Maksud rangkap yang kedua ialah pengarang menjelaskan bahawa apabila manusia tidak beramal kepada Tuhan,mereka akhirnya akan menyesal.
Rangkap ketiga pula bermaksud manusia diingatkan bahawa ketika ajal dating,tiada guna untuk menyesal lagi.
Rangkap keempat pula bermaksud bahawa semua manusia akan mati tetapi kita tidak dapat menentukan masanya.
Rangkap kelima bermaksud bahawa seseorang itu,apabila menemui kematian amat sakit dan ajal yang tidak boleh dihalang.
Rangkap keenam bermaksud bahawa semua manusia diajak membuat amal dan sebaliknya tidak lagi lalai serta leka.
Rangkap ketujuh bermaksud manusia wujud hasil kejadian daripada Tuhan dan kepada Tuhan juga kita akan kembali ( mati )
( 15 m )

b). Dua nilai yang terdapat dalam puisi ini ialah :
i). Nilai keberanian – disarankan manusia berani menempuh ajal dengan penuh amalan.Manusia mesti berani menempuh mati kerana mati akan berlaku kepada setiap manusia ( 3 m ).
ii). Nilai keyakinan – setiap umat Islam harus yakin bahawa semua makhluk akan mati.

Pada Tuhan kita datanglah asalnya,
Pada Tuhan kita kembalilah sudahnya ( 3 m )

c). Dua gaya bahasa dalam puisi ini ialah perulangan di mana terdapat perulangan anaphora atau perulangan awal baris.Contohnya,


Pada Tuhan kita datanglah asalnya,
Pada Tuhan kita kembalilah sudahnya ( 2 m )

Gaya bahasa yang kedua ialah assonansi di mana terdapat perulangan atau permainan bunyi huruf vocal dalam puisi ini iaitu :

Buat amal jangan lek jangan lena ( a )

Kalau sungguh kamu yakin akan mati ( u ) ( 2 m )

7.

a). Dua persoalan yang terdapat dalam puisi ini ialah kepentingan ilmu.Persoalan kepentingan ilmu dijelaskan bahawa ilmu dapat meredakan kemarahan dan menjadi panduan dalam hidup.Contohnya,
Nyawa itu ia menghidupkan hati segala hidupan nyawa dan hati manusia itu juga membawa suka ( 3 m ).
Persoalan mengenai kedudukan orang berilmu.Orang yang berilmu akan hidup bahagia dan sebaliknya orang tidak mempunyai ilmu akan hidup dalam keadaan sia-sia.( 3 m )

b).
i). Penggunaan bahasa simbolik – dalam puisi ini terdapat penggunaan kata “ kekasih” yang melambangkan ilmu( 2 m ).
ii). Perulangan – terdapat perulangan anaphora dan epifora iaitu:
Kekasih aku seperti nyawamulia juga
Kekasih ia juga dengan bawa pun ia juga( 2 m )

iii) Assonansi – terdapat perulangan bunyi assonansi dalam puisi ini iaitu:
Serta nyawa itu ia juga ( a )
Jika seribu tahun hidup sia-sia juga ( i ) ( 2 M )

iv). Penggunaan ali terasi – terdapat perulangan bunyi aliterasi dalam puisi ini iaitu:
Sekaliannya kesukaan ia sedia-sedia juga ( s )
Beruntung lagi berbahagia juga ( g ) ( 2 m )

c).
i). Rima – rima bagi puisi ini terkawal kerana mempunyai rima yang sama iaitu a/a/a/a/a/a/a/a/a/a/a/a ( 1 m )
ii). Jumlah rangkap – puisi ini mempunyai satu rangkap sahaja ( 1 m )
iii). Jumlah baris dalam rangkap – puisi ini mempunyai 12 baris sahaja dan berbentuk bebas. ( 1 m )
iv). Jumlah suku kata dalam baris – jumlahnya antara 9 hingga 33 suku kata sebaris ( 1 m )
v). Jumlah perkataan dalam baris – jumlahnya antara 4 hingga 14 perkataan sebaris ( 1 m )

No comments:

Post a Comment