Thursday, February 18, 2010

Kursus Dalaman Ko-Akademik Bahasa Melayu Peringkat SMK Tandek,Kota Marudu

Pada 9 Febuarai 2010,Taklimat Ko-Akademik Bahasa Melayu telah diadakan di SMK Tandek.Kursus ini dikendalikan oleh En. George Jod Bungas yang merupakan Pengerusi Teknik Bahasa Melayu peringkat daerah Kota Marudu merangkap Panitia Kesusasteraan Melayu sekolah ini.
Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua guru Bahasa Melayu,Kesusasteraan Melayu dan Bahasa Kadazan Dusun mengenai peraturan,cara pengendalian pertandingan dan cara penghakiman bagi aktiviti seperti Bahasa Ala Parlimen,Pidato Diraja,Pesta Pantun,Forum Remaja,Bercerita,Syarahan dan Perkampungan Bahasa Melayu.
Seramai 10 orang guru telah menyertai taklimat ini termasuk Ketua Bidang Bahasa Pn. Editha Samuel.Beliau dalam ucapan penutupannya berharap kursus dalaman seperti ini akan berterusan kerana dapat membolehkan guru-guru mendapat maklumat baru.Beliau juga berterima kasih kepada Tuan Pengetua kerana amat menyokong program-program seperti ini.