Saturday, April 17, 2010

Hidup perlukan perubahan.Jadilah seperti seekor Lipas jangan jadi seekor Dinosour.

Tahun 2010 masih lagi dianggap mencabar dari segi perkembangan ekonomi.Kebanyakan negara masih bergelut untuk memulihkan ekonominya.Malaysia masih beruntung kerana tidak bergantung kepada satu sumber sahaja.Ini kerana Malaysia berjaya mempelbagaikan sumber pendapatannya sama ada dari segi pertanian mahupun perindustrian.Semua ini hasil kurniaan Tuhan yang melimpahkan sumber asli yang banyak di bumi Malaysia dan berkat kebijaksanaan para pemimpin negara dalam merancang ekonomi negara sejak merdeka.
Dalam kehidupan manusia,kita tidak boleh statik pada satu tahap sahaja.Kita harus mengikuti setiap perkembangan zaman asalkan tidak bercanggah dengan hukum Tuhan dan undang-undang negara.Jika kita melihat kepada kehidupan serangga seperti Lipas yang masih bertahan sehingga sekarang berbanding dengan Dinosour yang tinggal sejarah kerana kepupusan spesiesnya yang tidak dapat menyesuaikan dirinya dengan keadaan yang sentiasa berubah.
Apa yang kita anggap begitu penting buat masa ini mungkin sudah tidak penting lagi pada tahun 2020 kelak.Tapi apa tidak bernilai pada masa kini mungkin bertukar nasib pada ketika itu.Kebolehan kita mahu berubah dan menyesuaikan dengan keperluan zaman boleh dilakukan dengan menggunakan ilmu dan perubahan sikap.Jika ditambah dengan sikap rajin menimba ilmu,maka ini merupakan nilai tambah bagi kita untuk terus bertahan dan menyesuaikan diri.

Saturday, April 10, 2010

Rumah Baru.

Memiliki rumah baru merupakan satu lagi pencapaian dan kemajuan dalam hidup apa lagi kalau seseorang itu sudah berumahtangga.Sama ada rumah tersebut kecil atau besar,apa yang penting dapat dihuni untuk anda sekeluarga.
Rumah merupakan aset yang nilainya akan sentiasa naik dan merupakan harta kekal seseorang individu atau keluarga.Nilainya hampir sama nilai dengan tanah yang harga sentiasa naik serta berharga.
Kawan-kawan cikgu mempunyai kecenderungan membeli rumah di kawasan bandar sejak beberapa tahun kebelakangan ini.Tidak kira mereka dari kalangan yang sudah berusia atau yang masih bujang,semuanya mereka bergantung kepada kesedaran serta perancangan yang rapi oleh seseorang.

Friday, April 2, 2010

Bulan Bahasa SMK Tandek 2010

Sepanjang bulan April ini,Unit Bahasa SMK Tandek akan mengadakan aktiviti Bulan Bahasa.Antara mata pelajaran yang terlibat mengadakan aktiviti ialah Bahasa Melayu,Kesusasteraan Melayu,Bahasa Inggeris,Bahasa Kadazan Dusun, dan Bahasa Arab.
Menurut Ketua Bidang Bahasa Cikgu Editha Samuel,banayak aktiviti yang membabitkan semua mata pelajaran ini akan dilaksanakan.Antaranya ialah Bahas Ala Parlimen,Forum remaja,Pidato,Pesta pantun,Pertandingan Menulis Esei,Ulasan buku,Pertandingan mencipta dan mendeklamasi sajak dan pelbagai aktiviti lagi.
Iklan berkaitan aktiviti ini akan diumumkan melalui perhimpunan sekolah pada 5 April ini dan akan ditampalkan melalui papan kenyataan.Hadiah menarik berupa buku rujukan sekolah dan sijil akan diberikan kepada setiap pelajar yang menyertai semua aktiviti ini.
Majlis penutupan bulan bahasa akan diadakan pada penghujung bulan ini dan anataras kemuncak aktiviti bulan ini ialah Bicara Karya dengan menjemput penulis sebenar sajak "Di Kebun hayat" iaitu Encik Saibil Madun.Sajak beliau termuat dalam Antologi Bacalah Dalam Bahasamu Jilid B yang mnejadi teks pelajar aliran sastera Tingkatan Lima.
Bagi pihak Bidang Bahasa,kami amat mengalu-alukan penyertaan semua pelajar di samping kerjsama semua guru.