Tuesday, June 15, 2010

Piala Dunia Satu Fenomena

Sesungguhnya Piala Dunia merupakan satu fenomena yang melanda di seluruh dunia.Bayangkan seluruh penduduk di muka bumi ini menumpukan kepada satu perkara yang menampilkan kemahiran dari segi skil permaianan individu,teknikal bermain,semangat berpasukan dan pelbagai lagi aspek diperlihatkan.
Bagi pemain yang terlibat,ini adalah ruang untuk berbakti kepada negara mereka dan medan untuk menunjukkan bakat untuk dipancing oleh kelab-kelab ternama dunia yang menjanjikan gaji yang lumayan.Bagi negara yang menang pula,mereka akan berbangga kerana pada tahun 2010 ini dan empat tahun lagi iaitu sehingga 2014,mereka akan menjadi sebutan serta tumpuan.Rasa bangga di kalangan semua penduduk negara tersebut memang menggembirakan mereka kerana menjadi juara.
Bayangkan jika negara kita menjadi juara dunia untuk permainan bolasepak ini.Seronokkan.Walau bagaimanapun kita perlu perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk mencapai hasrat ini.Akan tetapi,kita perlu berbangga dengan pencapaian kita dalam permaianan badminton dan squash kerana kita berjaya melahirkan pemain yang menjadi No. 1 di dunia iaitu Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol Ann David.

Thursday, June 10, 2010

Memasang Khemah Dalam Hujan.

Sudah dua hari saya dan anak-anak buah memasang canopy dalam hujan lebat.nasib baik tidak ada kilat.Cuaca tiba-tiba berubah,hujan turun mungkin sebagai rahmat kepada semua penanam padi di Sabah khususnya dan amnya di Malaysia serta di seluruh dunia.Rahmat ini turut dinanti-nantikan oleh mereka yang mengharapkan sumber air untuk menjalankan aktiviti harian mereka.
Apa-apapun,saya seronok memasang canopy walaupun dalam keadaan hujan.Anak-anak buah saya begitu sporting dan sentiasa memberi kerjasama.Terimakasih.Semoga rezekiku sentiasa berterusan dan boleh digunakan untuk tujuan yang baik.

Thursday, June 3, 2010

Alhamdulilah Bisnes Baruku Semakin Maju.

Tidak sangka pula bisnesku semakin maju.Alhamdulilah!Setelah menceburi bidang jualan langsung dan jualan insurans sebelum ini;saya mengakui bahawa bidang perniagaan ini bukan bidang saya.Saya sentiasa mencari peluang untuk terus menceburi bidang perniagaan ini.
Syukur kepada Tuhan kerana membuka pintu rezeki ku untuk menemui bidang perniagaan ini.Tempahan semakin banyak hingga saya tidak dapat memenuhi permintaan.Musim cuti sememangnya musim kahwin,musim merapatkan hubungan silaturrahim.Terima kasih kawan-kawan kerana membantu saya untuk mempromosikan bisnes saya ini.