Sunday, November 28, 2010

Selamat Tinggal 2010,Selamat Datang 2011

Sesungguhnya kita sekarang sedang berada di penghujung tahun 2010,kemelesetan ekonomi dunia semakin pulih dan ini amat menggembirakan semua penduduk dunia.Apapun sebagai rakyat Malaysia kita bersyukur kerana kes kebuluran atau kemiskinan tidak membawa kepada kes kematian.Pada mulanya saya merasa terhina apabila diwar-warkan bahawa kawasan Semenanjung Kudat merupakan kawasan termiskin di Malaysia.Akan tetapi,apabila saya cuba amati dan lihat keadaan sebenar dalam masyartakat di kawasan tersebut;tafsiran miskin dan kemiskinan pula agak subjektif.Kadar kemiskinan di Malaysia dikategori mengikut pendapatan bulanan.Mereka yang dianggap miskin mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM tertentu ( saya tidak pasti ).Hakikatnya,kemiskinan di Semenanjung Kudat tidak terasa sangat kerana penduduk tempatan mempunyai tanah dan pendapatan sebagai petani dan nelayan.Apa yang kita perlukan ialah melakukan sedikit perubahan dari segi pemikiran,pendidikan,pergaulan,peningkatan pengalaman dan sentiasa berfikiran positif untuk berjaya di dunia serta akhirat.Percaya atau tidak;kejayaan kita banyak dipengaruhi oleh didikan yang kita perolehi dari ibu bapa dan dipengaruhi oleh persekitaran kita.Agak sedikit kes di kalangan mereka yang berjaya ini yang tidak dibimbing oleh ibu bapa mereka atau paling tidak mendapat asas dari mereka.
Setelah sebelas bulan melalui tahun 2010 ini,saya bersyukur kerana berjaya melalui segala cabaran dengan hati yang terbuka.Kejayaan dan kegagalan,kesedihan dan kegembiraan;merupakan asam garam kehidupan yang perlu dilalui oleh setiap manusia.Apa pun yang berlaku harus dilalui dengan tabah walaupun kurang menggembirakan kita.
Pada tahun ini,terdapat juga kejayaan yang saya tempuh bersama dengan keluarga.Saya dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang dan bertukar dari SMK Tandek ke PPD Kota Marudu,isteri saya masih terus belajar di OUM,anak sulung saya berjaya masuk ke MRSM dan pencapaian akademik anak-anak saya semakin meningkat.
Apa-apapun,apa jua yang kita lalui merupakan asam garam yang perlu kita lalui dalam hidup.Hidup perlu diteruskan dan perlu terus berusaha,terus berubah dan jangan lupa kehidupan yang kita perlu lalui di akhirat kelak.Ayuh semua makhluk Tuhan,kita gunakan peluang yang diberiNya untuk menempuh kejayaan di dunia dan akhirat.
SELAMAT TINGGAL 2010,SELAMAT DATANG TAHUN 2011

Tuesday, November 16, 2010

SOALAN RAMALAN KESUSASTERAAN MELAYU STPM TAHUN 2010

SOALAN RAMALAN KESUSASTERAAN MELAYU STPM TAHUN 2010

Kertas I – Kesusasteraan Melayu Tradisional.

Bahagian A – Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional.(Bahagian ini hampir sama soalannya dengan bahagian C )

-Cuma perlu tumpukan perhatian kepada tokoh Kesusasteraan Melayu Tradisional;yang belum pernah keluar ialah Tun Seri Lanang,ciri-ciri,fungsi dan peranan sastera rakyat dll.

Bahagian B – Sulalatus Salatin Sejarah Melayu

1. Genre Sastera Sejarah

2. Fungsi

3. Waad

4. Mitos

5. Legenda

6. Perwatakan kecuali Tun Perak

7. Hubungan diplomatic

8. Unsur agama

9. Teknik penceritaan kecuali unsur dramatic

10. Gaya bahasa

Bahagian C – Prosa Melayu Tradisional

1. Cerita Legenda

2. Cerita Teladan

3. Kesusasteraan Hikayat Berunsur Hindu-Islam

4. Kesusasteraan Agama

Bahagian D – Puisi Tradisional

1. Nazam

2. Ghazal

3. Peribahasa Berangkap

4. Talibun

5. Endoi +

6. Rejang +

7. Dikir/Zikir+

8. Teromba+

Kertas II – Kesusasteraan Melayu Moden

Bahagian A – Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden & Kritikan Sastera

Bahagian B – Novel & Cerpen

Novel Saudagara Besar Dari Kuala Lumpur ( yang belum pernah keluar ):

01. Tema

02. Mesej

03. Latar

04. Plot

05. Sudut pandangan

06. Gaya bahasa

07. Teknik penceritaan.

Cerpen yang belum pernah keluar:

01.Macam Gergaji dua mata

02.Kesementaraan

03.Kuntum perdamaian

04.Garis panorama

05.Perjalanan yang tidak dirancang

06.Nagasaki

Bahagian C – Drama

Aspek yang belum pernah keluar atau jarang ditanya:

Lawyer Dahlan

Malam Ini Penyu Menanggis

a). Tema dan persoalan

b).Plot dan peristiwa

c).Teknik plot

d).Watak Rahimah

e).Teknik penceritaan

a).Tema dan persoalan

b).Plot

c). Watak Mak Lijah

d). Gaya Bahasa

e).Teknik penceritaan

Bahagian D – Sajak.(Untuk bahagian sajak,anda perlu mengkaji semua aspek kajian dan ini bermakna anda perlu mengkaji sajak yang belum pernah keluar).

Berikut adalah senarai sajak yang belum pernah keluar dan perlu dibaca:

1. Membunuh mimpi

2. Pada setiap kali kau tiba Ogos

3. Pengait Tua

4. Keindahan yang hilang

5. Kunci

6. Doa Terakhir

7. Bulan berdarah

8. Laut

9. Sewaktu melintasi Kundasang

10. Ke ruang Katarsis

11. Kuali hitam

12. www.sibermerdeka.com.my

Monday, November 1, 2010

Mengingati kematian dan orang yang telah meninggal dunia.

Hari ini bersamaan 2 November 2010,saya berada di Kg. Labuan Kota Belud untuk bersama-sama dalam majlis kenduri arwah yang ke-100 untuk Pakcik Isteri saya ( Allahyarham Hj. Ahmad bin Rail ).Beliau meninggal dunia pada usia 90 tahun.
Saya memandang majlis ini sebagai satu majlis memperingati arwah yang begitu besar peranannya dalam keluarga mereka dan keluarga-keluarga yang lain.Arwah merupakan seorang yang berfikiran terbuka dan sentiasa dapat menyesuaikan diri dalam pergaulan.
Pengajaran yang dapat saya perolehi ialah kita semua akan mati akhirnya.Kita diperingatkan akan peristiwa mati dan menyedarkan kita adakah kita bersedia untuk mati?Apakah bekal yang kita bawa ketika mati dan menemui maut.Adakah keseronokan di dunia telah melalaikan kita dan melupakan hal-hal berkaitan kematian.Fikir-fikirkan dan renung-renungkan.

Salam maaf buat calon STPM 2010 ;SMK Tandek

Salam maaf ini saya tujukan buat pelajar 6 Atas Sastera SMK Tandek yang bakal menduduki peperiksaan pada 23 November ini.Cikgu tidak ada masa untuk meneliti dan mencari soalan tahun-tahun lepas kerana kesibukan bekerja.
Jika cikgu berkesempatan,cikgu akan cuba datang ke sekolah sebelum menjelang peperiksaan untuk kerta Kesusasteraan Melayu tersebut.Tolong doakan cikgu agar dapat menjumpai catatan soalan-soalan tahun lepas yang masih belum cikgu temui sehingga kini.Tolong doakan juga agar cikgu diberi masa untuk menelaah soalan-soalan tersebut agar boleh dijadikan panduan kepada calon SPM dan STPM tahun ini.