Tuesday, May 17, 2011

Terima Kasih Ayah.

Ucapan ini saya tujukan buat ayah saya Bungas Bin Santiku kerana berjaya membesar,mendidik dan mengasuh saya hingga berjaya.Rasa kagum saya berkisar kepada dua perkara iaitu wawasannya untuk menyekolahkan kami adik beradik.Bagaimana dia terfikir menyekolahkan kami pada tahun 1960-an sedangkan kesedaran para ibu bapa khususnya suku kaum Kimaragang terhadap pendidikan begitu rendah sekali.Saya harus mengakui bahawa ayah saya mendahului rakan-rakannya dalam hal ini.Pandangan dan wawasannya begitu jauh ke depan walaupun tidak semua anak-anaknya berjaya dalam bidang pelajaran.
Kekaguman saya yang kedua ialah kebolehannya mencari,membeli dan mengusahakan tanah untuk diagih-agihkan kepada semua 10 orang anak-anaknya.Ayah.bagi kami ayah adalah lagenda kami yang banyak berjasa kepada kami.

Saturday, May 7, 2011

Osama Bin Laden warganegara Malaysia.

Tiga tahun yang lalu saya dikejutkan dengan cerita bahawa Osama Laden itu orang Malaysia.Ceritanya berlaku dalam penerbangan Malaysia Airlines dari London ke Kuala Lumpur.Mereka ini berasal dari Negeri Sembilan dan bertemu dengan salah seorang penumpang yang juga berasal dari Malaysia.Semasa berbual dan bertanya tempat asal,salah seorang dari mereka menggatakan bahawa dia berasal dari Negeri Sembilan.Rakannya yang seorang lagi menjawab "osama laden,saya pun berasal dari Negeri Sembilan".Maksudnya mereka berasal dari negeri yang sama.Kebetulan ada Mat Salleh atau orang Inggeris yang duduk berhampiran dengan mereka dan menyebarkan cerita yang Osama Laden itu berasal dari Malaysia.Nukilan ini sekadar cerita dan jenaka sahaja.

Sunday, May 1, 2011

1 Mei Hari Pekerja

Walau apapun pekerjaan anda,saya ucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua.Sama ada buruh kasar atau pekerja kolar putih,semua mempunyai peranan masing.Kita adalah warganegara yang perlu mensyukuri kurfnia Tuhan di negara yang aman dan makmur.
Sebenarnya tidak ada istilah manusia berpuas hati pada satu titik tetapi perlu mengikuti keperluan semasa zaman.Beberapa orang rakan saya merunggut berkaitan elaun perumahan yang diberikan kepada kakitangan awam khususnya yang telah berumahtangga.Kata mereka agak sukar untuk mencari rumah sewa yang kadar sewanya cuma RM 200,paling murah kebanyakannya lebih daripada nilai ini.
Pada ketika ini,kakitangan awam cuma menerima sekitar RM 210 hingga RM 240 untuk kakitangan berpangkat rendah dan sederhana.Terdapat banyak cadangan agar elaun perumahan bagi kakitangan awam dinaikkan bagi menyesuaikan dengan kadar semasa lebih-lebih lagi setelah keadaan ekonomi kita kembali pulih kelak.