Friday, February 10, 2012

Kehidupan berkeluarga dan kerjaya.

Pertama sekali saya panjatkan kesyukuran kerana dipanjangkan usia walaupun diuji dengan pelbagai dugaan.Tapi kalau tidak ada ujian;itu mungkin bukan sebuah kehidupankan.Ujian-ujian inilah yang akan mematangkan kita pada masa-masa akan datang jika kita sentiasa belajar darinya.
Dalam kehidupan berkeluarga,saya dan isteri tengah rancak menghadapinya.Dengan anak seramai 5 orang,agak mencabar juga untuk menguruskannya.Teringat pula saya bagaimana kedua ibu bapa saya membesarkan kami seramai 10 orang dalam keadaan serba kekurangan tapi berjaya memberikan kami pendidikan formal.Barulah saya sedar kenapa tidak ramai lagi yang mahukan anak ramai;mereka hanya mahu anak 2 orang sahaja supaya senang menjaga.Tapi,tidak apa;setiap anak ada rezekinya.Sekurang-kurangnya,saya dapat zuriat separuh daripada bilangan kami adik beradik.Pada zaman ini,5 orang anak tu kira ramai sudah.Pelbagai karenah dan perhatian serta keperluan yang perlu ditunaikan;pelbagai perasaan yang menjelma seperti gembira,sedih,gelihati dan bermacam-macam lagi tapi itulah asam garam kehidupan yang mewarnai suasana.Cuma kita dikurniakan Allah s.w.t akal dan fikiran untuk menanganinya.
Dalam kerjaya,kita didorong oleh rasa tanggungjawab kita terhadap kerja.Bagi mereka yang bekerja di pejabat perlu bijak mengatur masa.Tapi saya merasakan kerja di sekolah lebih rileks kerana ada cuti sekolah.Saya bersyukur kerana semakin faham dan serasi dengan bidang tugas saya serta semakin seronok bekerja.Apa-apapun selamat melayari alam berumahtangga dan berkerjaya.Selamat berjaya untuk semua ....